Monday, 2 July 2018

Prof. Dr. Nor Aieni bersama Dato' Adissadikin menandatangani memorandum.


RHB Islamic Bank Berhad  menyumbang RM150,000 kepada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk menjayakan Program Islamic Endowed Scholar In Finance sepanjang tempoh tiga tahun, di Kampus UMT Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.

Kerjasama dimeterai menerusi memorandum perjanjian (MoA) antara kedua-dua institusi itu dilihat sebagai usaha menyokong bakat akademik dalam bidang kewangan di Kampus Gong Badak, Kuala Nerus.

Ketua pegawai eksekutif RHB, Dato' Adissadikin Ali berkata, langkah itu merupakan tanggungjawab sosial RHB yang pada akhirnya akan memberi kesan positif kepada UMT dan syarikat berkenbaan sebagai penaja.

"Ini merupakan program penajaan pertama daripada RHB dan berharap untuk jangka masa panjang, kita dapat meningkatkan kerjasama bersama pihak universiti dalam menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi," katanya.
Memorandum Perjanjian membentuk kerjasama selama tiga tahun.

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Profesor Dato' Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, pihaknya berbesar hati dengan penajaan daripada syarikat perbanakan dan kewangan terkemuka itu.

"Sebagaimana RHB, ini juga merupakan penajaan pertama ahli akademik pertama pihak industri di UMT," katanya.

Pengurus Dana UMT, Dr. Safwan Mohd Nor, menjasi penerima pertama tajaan tersebut dan akan menjalankan penyelidikan untuk tempoh tiga tahun bermula Julai ini sehingga tahun 2021.

Dr. Safwan menerima simbolik tajaan bernilai RM 150,000. 

Related Posts:

  • Bengkel Operasi Ukom Mantap Gerak Kerja Menjelang PRU14 Sebahagian kakitangan Ukom ketika mengikuti bengkel operasi di Quinara Al-Safir Resort. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) baru-baru ini menganjurkan bengkel operasi untuk mema… Read More
  • Pusat Rehabilitasi Di Hotel Permai Pelajar dan guru  mengaminkan doa sebaik selesai Majlis Khatam Al-Quran Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) . Foto Zukifli C W Putra Kerajaan negeri akan mewujudkan pusat rehabilitasi berkonsepkan Pelancongan Penjaga… Read More
  • 200 Warga Emas Dapat Gigi Palsu Percuma Seramai 200 warga emas terpilih menerima gigi palsu percuma yang melibatkan peruntukan RM21,000 menerusi Projek `Touch Point' anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Pengarahnya, Dr Mohammad Omar berkata, semua … Read More
  • Terengganu Lancar 32 Bas My Bus Bermula Tahun Depan Terengganu bakal melancarkan 32 buah bas menerusi perkhidmatan My Bus 'Stage Bus System Transformation' (SBST) yang dikendalikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman b… Read More
  • Terengganu Bersiap Siaga Hadapi Banjir Kerajaan negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersiap sedia dengan persiapan rapi kelengkapan logistik dan keanggotaan bagi menghadapi musim tengkujuh. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,… Read More

Demi Masa

RABU, 18 Jun 2018
4:43 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75716
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan