Monday, 5 March 2018
Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu menyediakan perkhidmatan ukiran ais bagi pelbagai majlis keramaian, satu perkhidmatan yang sukar ditemui di Terengganu.
Pengurus Operasinya, Sham Fadzli Yusof berkata, dengan tawaran harga yang bermula serendah RM200, pelbagai bentuk ukiran dapat dihasilkan bergantung kepada permintaan pelanggan.
Katanya, kerana seni ukiran ais sangat sukar untuk diperolehi di Terengganu, pihaknya menjemput chef dari luar negeri yang mahir bagi hasil kerja tangan itu untuk menyertai Duyong Marina & Resort.
"Buat masa sekarang, ukiran ais semakin mendapat permintaan di kalangan rakyat Terengganu terutamanya untuk majlis-majlis perkahwinan.
"Dengan kemahiran yang ada pada chef kami, pelanggan mampu meminta pelbagai bentuk yang dikehendaki. Bagi harganya pula, ianya bermula dari RM200 sehingga RM1,000 sahaja bergantung kepada bentuknya," katanya kepada Teganukita, di Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.
Tambahnya, hotel itu juga turut menyediakan hadiah menarik kepada pengunjung bertuah iaitu pakej perkahwinan yang bernilai RM20,000.
Selain itu, hadiah-hadiah lain turut tersedia kepada pengunjung iaitu pakej bulan madu di Duyong Marina & Resort selama tiga hari, dua malam bernilai hampir RM1,000, pakej sarapan pagi dan pelbagai lagi.
Sementara itu, chef ukiran ais, Chef Afif Hakimi Lo berkata, dia melibatkan diri dalam bidang tersebut sejak 20 tahun lalu dan minatnya bermula ketika bekerja di dapur sejuk.
"Ketika itu saya bermula dengan ukiran buah dan kemudiannya baru mengorak langkah dengan ukiran ais yang lebih mencabar.
"Untuk menghasilkan ukiran ais, bongkah ais itu sendiri memainkan peranan yang sangat penting," katanya yang berasal dari Sarawak.
Menurutnya, masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu ukiran antara 45 minit sehingga satu jam bergantung kepada bentuk dan saiz.
"Ukiran ais ini pula mampu bertahan antara dua hingga tiga jam selepas siap dibentuk bergantung kepada keadaan suhu di kawasan itu," katanya. - teganukita.net
Related Posts:
Terengganu Inc Kekal Prestasi Kewangan Memuaskan Ahmad Razif (lapan dari kiri)bergambar kenangan dengan semua pemenang di Majlis Terengganu Inc Group Excellence Award 2017 di Duyong Marina Convention Centre, Pulau Duyong, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku Syamim Tengku… Read More
Pasar Tani Ajil Mudahkan Penduduk Setempat Dapatkan Barangan Segar, Berkualiti Pembukaan Pasar Tani Ajil memudahkan penduduk setempat mendapatkan pelbagai barangan basah yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib berkata, pusat urusniaga itu juga… Read More
Hotel PB Square Bakal Dibuka 1 Oktober Ini Hotel Paya Bunga (PB) Square, di tengah pusat bandar Kuala Terengganu sedang giat disiapkan dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober ini.Hotel setinggi 13 tingkat dibangunkan menerusi Perbadanan Memajukan Iktisad … Read More
Kerjasama Kerajaan Negeri Dan AirAsia Tingkat Kedatangan Pelancong Ahmad Razif (tengah) meyaksikan MoA antara kerajaan negeri dan AirAsia Berhad di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Tg Mohd Syamim Tg Ismail Kerajaan negeri hari ini menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan… Read More
Terengganu Bakal Pengeluar Makanan Ternakan Terbesar Negara Terengganu muncul negeri pertama di Malaysia yang mengusaha industri penanaman jagung bijirin secara komersial dan berskala besar.Projek terbabit melibatkan nilai pelaburan sebanyak RM27 juta daripada Syarikat Green Worl… Read More