Ahmad Razif menyaksikan MOU Antara Epic Berhad yang diwakili Tengku Mahamad dan CMC Engineering Sdn Bhd (Ketua Pegawai Eksekutif Hazwan Alif Abdul Rahman) di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Zulkifli C W Putra
EPIC Berhad bersama-sama dengan CMC Engineering Sdn Bhd dipertanggungjawabkan melaksanakan Projek Pembangunan Keretapi Pantai Timur (ECRL) di Terengganu yang bakal menghubungkan ibu negara dan negeri-negeri di Pantai Timur.
Jaringan perkhidmatan tren baharu itu bakal merentasi Banjaran Titiwangsa yang melibatkan laluan sepanjang kira-kira 600 kilometer (KM) melalui beberapa bandar seperti Gombak, Mentakab, Jengka, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan berakhir di Tumpat.
Projek tersebut masih di peringkat awal dengan satu kaji selidik pasaran melalui kaedah Pelawaan Memberi Maklumat (RFI) sedang dilakukan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
Pengerusi Epic Berhad, Dato’ Tengku Mahamad Tengku Mahamut berkata, selaras dengan hasrat kerajaan dalam meningkatkan sistem pengangkutan awam, terutama di Terengganu, pihaknya mengambil tanggungjawab melaksanakan projek berimpak tinggi itu di Terengganu.
Katanya, apabila siap kelak projek itu mampu menghubungkan jaringan antara bandar dan pedalaman, selain meningkatkan aktiviti ekonomi penduduk yang di tinggal di kawasan jajaran.
“ECRL turut membuka lembaran baru di sudut perkilangan, pembuatan, inovasi dan urbanisasi serta merancakkan industri hiliran yang terlibat seperti perumahan dan pelancongan.
“Pada masa sama, menyediakan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan dan memupuk daya saing yang tinggi meskipun berhadapan dengan persekitaran ekonomi yang agak perlahan,”katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Epic Berhad yang diwakili Tengku Mahamad dan CMC Engineering Sdn Bhd (Ketua Pegawai Eksekutif, Hazwan Alif Abdul Rahman) yang disaksikan, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.
Sementara itu Hazwan berkata, sebagai syarikat tempatan yang telah 21 tahun berkecimpung di dalam industri rel negara dan antarabangsa, CMC Engineering melihat ECRL sebagai satu katalis yang akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi khusus Terengganu.
Katanya, ECRL membawa Terengganu ke sebuah dimensi baru dan lebih bersedia jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain disebabkan pengukuhan industri minyak dan gas di negeri ini.
“ECRL akan membuka peluang yang lebih besar, contohnya kewujudan Transit Oriented Development iaitu sebuah konsep pembinaan kawasan perbandaran yang fokus kepada lokaliti bersesuaian dan berdekatan dengan sesebuah stesen rel,”katanya. - teganukite.net
|
Sunday, 15 January 2017
Related Posts:
MB, Dua Exco Terima Pengiktirafan Bomba Ahmad Razif bersama dua Exco Kerajaan Negeri menerima penganugerahan dari jabatan Bomba. Foto Zulkifli C W Putra Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini menerima pengiktirafan daripada Jabatan Bomba Dan … Read More
Pengamal Media Cetus Inspirasi Para pemenang bagi Majlis Anugerah Media Kreatif TTB bersama Dato' Zubir di Wisma Darul Iman. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Pengamal media diharapkan membawa khabar yang baik, membina semangat, memberi inspirasi, menya… Read More
Sultan Terengganu Minta Maidam Tangani Isu Cabar Kesucian Ajaran Islam Sultan Mizan berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat Terengganu di Stadium Negeri Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Sultan Terengganu Sultan… Read More
Kesejahteraan Negara Perlu Dijaga- Ahmad Razif Sultan Terengganu berkenan merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat Terengganu. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Kesejahteraan negara sudah tentu tidak akan tercapai sepenuhnya jika aspek kesatuan umma… Read More
Skuad Sukarelawan Perwani Muda Komited Bantu Mangsa Banjir To' Puan Seri Halina dan Roslee bergambar dengan sebahagian wanita yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra Jabatan Pembangunan Wanita … Read More