Monday, 5 March 2018

Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail

Food Truck Chicken Cottage akan mengadakan siri jelajah ke seluruh Terengganu termasuk ke kawasan pedalaman sebagai usaha mempromosi jenama itu secara meluas kepada dalam tempoh terdekat.

Perkhidmatan itu kini giat mengadakan promosi di Ekspo Terengganu 2018, di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus bermula 25 Februari lalu sehingga 3 Mac ini dan mendapat sambutan luar jangkaan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, produk Kumpulan Terengganu Incorporated (TI Group) itu terus melebarkan sayap perniagaan dengan memperkenalkan perkhidmatan food truck.

“Ketika ini, syarikat itu mempunyai dua food truck dengan nilaian keseluruhan RM140,000 dan akan mengadakan promosi secara bergerak ke seluruh daerah dalam tempoh terdekat dan kemungkinan juga akan ke luar Terengganu.

“Berdasarkan rekod jualan harian, sambutan orang ramai terhadap produk ini sangat menggalakkan dan rata-rata pelanggan mengakui Chicken Cottage setanding dengan jenama terkenal lain,” katanya. - teganukita.net

Related Posts:


Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
11:02 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan