Monday, 11 June 2018


Masjid al-Muktafi Billah Shah (MAMBS) atau lebih dikenali sebagai Masjid Ladang Kuala Terengganu akan menganjurkan Karnival Taman Syurga bermula 7 hingga 10 Julai ini bertempat di perkarangan masjid itu.

Setiausaha Lembaga Pengurusan Masjid MAMBS, Ahmad Azman Tajuddin berkata, Karnival Taman Syurga yang julung kali diadakan itu, mensasarkan menarik orang ramai terutamanya golongan muda untuk memahami fungsi masjid serta menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti seharian selain daripada pusat penyampaian ilmu.

“Malah peranan masjid juga akan diharap boleh dilihat sebagai tempat yang menyediakan persekitaran yang soleh, sekaligus akan memandu masyarakat kearah masyarakat yang damai dan harmoni,” katanya kepada pemberita selepas perbincangan dengan wakil kerajaan negeri di Wisma Darul Iman, semalam.

Ahmad Azman berkata, antara pengisian karnival yang mendapat sokongan daripada kerajaan negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah termasuk kuliah, bicara ilmuan, daurah kitab fiqh, sembang selebriti dan diskusi ilmiah.

“Kami juga menyediakan pertandingan seperti E-Sport, Battle of Nasyidian, pertandingan bercerita kisah nabi, pertandingan azan, mewarna dan pertandingan menulis artikel Islam.

“Ada juga pesta buku Islam, pameran jualan, bike meet, derma darah, free market, pemeriksaan kesihatan percuma, memanah, congkak, catur dan karom dimana cetusan idea bagi karnival ini adalah datang dari pegawai-pegawai masjid AMBS sendiri ,”  ujarnya.

Katanya, antara selebriti dan penceramah jemputan yang akan mengisi program-program yang dijadualkan itu ialah pendakwah tersohor, Ustaz Azhar Idrus, Dr Danial Zainal, Adam Corie dan Zul Yahya.

“Orang ramai dialu-alukan untuk  membawa ahli keluarga masing-masing bagi memeriahkan lagi karnival ini sekali gus berpeluang mendapat pemahaman sebenar berkaitan fungsi masjid,” ujarnya. - teganukita.net

Related Posts:

  • Wanita Lumpuh Harap Nasib Terbela Hampir lapan tahun saya terlantar, hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda dan tidak dapat bertutur seperti dahulu sejak diserang strok dan lumpuh hampir seluruh badan, kata Faridah Othman ,49 dari Kampung Bukit Apit,… Read More
  • Balu Kakitangan ATRA Terima Pampasan Seorang balu kakitangan Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA) Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi, Wan Juriah Wan Manam menerima wang Sumbangan Takaful Berkelompok ATRA-Takaful Malaysia berjumlah RM20,000 di rumahnya,… Read More
  • 1,000 Anak Pekebun Kecil Getah Terima Bantuan Sekolah Hampir 1,000 anak pekebun kecil getah di Terengganu mendapat manfaat apabila Yayasan Risda dan Yayayan Taqwa menyumbang pakaian seragam sekolah menjelang pembukaan persekolahan 2018. Pengerusi Jawatankuasa Kemajua… Read More
  • Gunting Rambut Percuma DUN Permaisuri Seramai 500 kanak-kanak dijangka akan menyertai Program Gunting Rambut Percuma Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemaisuri kepada pelajar sekolah bermula kelmarin hingga 31 Disember ini. Sehingga hari ini sambutan orang ramai… Read More
  • Puteri Hulu Terengganu Rai 50 Pelajar Kembali Ke Sekolah Seramai 50 pelajar sekolah Parlimen Hulu Terengganu menerima bantuan persekolahan percuma sempena program 'Back To School' program anjuran Puteri UMNO Hulu Terengganu. Ketuanya, Rozita Ismail berkata, setiap pelajar mener… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
2:29 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74677
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan