Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak (kiri) menyerahkan replika cek kepada Menteri Besar sempena Majlis Penyampaian Agihan Dividen Terengganu Incorporated Sdn Bhd Kepada Pemegang Saham di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra
Anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd membayar dividen sebanyak RM5,004,016.18 kepada enam agensi pemegang sahamnya bagi tahun kewangan berakhir 2016.
Syarikat pegangan pelaburan utama negeri Terengganu itu membuat pembayaran kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Yayasan Terengganu, Yayasan Islam Terengganu (YIT), Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan Menteri Besar (Terengganu) Incorporated. Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, walaupun berhadapan dengan kekangan kewangan disebabkan situasi semasa ekonomi global, ianya tidak menghalang pembayaran dividen tersebut dilaksanakan. Katanya, agihan dividen itu disifatkan sebagai pencapaian memberangsangkan dan akan turut dirasai oleh rakyat negeri ini. “Sejak ditubuhkan pada 2006 sehingga tahun lalu, Terengganu Inc telah membuat bayaran dividen sebanyak RM59,893,128.19 kepada pemegang sahamnya. “Ia adalah salah satu daripada lakaran cerita kejayaan daripada ratusan cerita kejayaan yang dicapai oleh negeri ini,” katanya pada sidang media sempena Majlis Penyampaian Agihan Dividen Terengganu Incorporated Sdn Bhd Kepada Pemegang Saham di Wisma Darul Iman, hari ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A.Rahman Yahya.
Agihan dividen itu menyaksikan sebanyak RM3,745,426.51 akan dibayar kepada Menteri Besar (Terengganu) Incorporated, RM956,024.99 (PMINT), RM89, 318.50 (Yayasan Terengganu), RM75,181.41 (Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Islam Terengganu dan RM138,064.77 kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Terengganu.
Ahmad Razif berkata, Terengganu Inc sedang melaksanakan beberapa pelan strategik bagi memastikan prestasi kewangan dan pelaburan kumpulan kekal kukuh bagi mendepani ketidaktentuan ekonomi semasa. “Antara pelan strategik itu meliputi penyelarasan semula aktiviti di bawah agensi kerajaan negeri, penstrukturan semula Kumpulan Terengganu Inc dan pelaksanaan Strategic Business Pelan 2018 -2020 secara menyeluruh bagi Kumpulan Terengganu Inc. “Kita yakin usaha itu akan membuahkan hasil serta memberi pulangan lumayan kepada rakyat negeri ini," ujarnya. - teganukite.net |
Sunday, 3 December 2017
Related Posts:
Rakyat Jangan Keliru Dengan Helah Pembangkang- PM Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengingatkan rakyat supaya tidak terkeliru dengan permainan politik pembangkang yang bersifat matlamat menghalalkan cara. Katanya, pembangkang sebenarnya berb… Read More
Karnival Mencandat Sotong TNB Jadi Acara Tahunan Kerajaan negeri mahu supaya Karnival Mencandat Sotong Tenaga Nasional Berhad (TNB) di perairan Pulau Kapas, Marang dijadikan sebagai aktiviti tahunan dalam kalendar pelancongan negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sai… Read More
Zaleha Terharu Dapat Bertemu PM "Saya rasa terharu diatas kesudian Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana sudi menjenguk dan bertanya khabar tentang kesihatan saya walaupun jadualnya cukup padat dalam program kali ini," demikian ka… Read More
SPNB Bina 229 Unit RIR Di Kampung Santong, Dungun Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina 229 unit kediaman mampu milik menerusi Projek Rumah Idaman Rakyat (RIR) di Kampung Santong, Dungun. Daripada jumlah itu, 70 unit merupakan rumah teres setingk… Read More
JPS Peruntuk RM1.15 Billion Untuk Projek Di Terengganu Najib bersama rombongan ketika meninjau tapak Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut (Gerbang Pelancongan), di Pekan Baru, Kuala Besut, hari ini. Foto Harish Fadzillah Kasim Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar memp… Read More