Sunday, 4 June 2017
Bazar Ramadan antara pusat jualan pelbagai makanan tradisional yang wajar dipromosikan kepada pelancong dalam dan luar negara sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Mutimedia Dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, peranan peniaga boleh membantu dalam mempromosi daerah masing-masing yang semestinya mempunyai daya tarikan tersendiri.
"Pengusaha pelancongan perlu mengambil ruang dan peluang apabila tibanya bulan puasa dan menjadikan Bazar Ramadan sebagai salah satu lokasi pelancongan yang perlu dilawati dengan tarikan suasana dan kepelbagaian makanan dan kuih-muih tradisional yang dijual.
"Dengan kepelbagaian juadah lauk-pauk beraneka jenis ditambah pula ulam-ulaman yang istimewa sangat sesuai dijadikan juadah berbuka puasa atau hidangan di hotel dan tempat tumpuan ramai pelancong," katanya kepada ketika dihubungi Teganukita.
Ghazali berkata, pelancong luar kebiasaannya menyukai sesuatu yang unik dan berbeza dengan budaya mereka terutama dari segi makanan.
"Termasuklah kita sendiri gemar mencari kelainan dalam lawatan ke sesebuah negeri dan cuba mengenali budaya masyarakat di negara tersebut.Maka tidak mustahil pelancong asing yang datang ke tempat kita pun, ingin merasai keunikan tersebut.
"Dengan itu, pengusaha pelancongan perlu memainkan peranan memaklumkan kepada mereka (pelancong) untuk melawat ke Bazar Ramadan dan memberi maklumat berkaitan makanan tradisional,"katanya lagi.
Beliau turut menekankan kepada para peniaga Bazar Ramadan supaya sentiasa menjaga kebersihan dan imej ketika menjual makanan masing-masing agar tahap kualiti makanan sentiasa terjamin.
"Peniaga harus jujur dengan meletakkan harga yang berpatutan serta bersifat amanah dalam urus niaga bagi memberi gambaran nilai mulia Islam.
"Dengan ini, para pelancong akan menghormati orang Islam kerana mempunyai akal budi yang tinggi di samping memberi satu kenangan yang berharga kepada pelancong asing dari rakyat Terengganu,"kata Ghazali. - teganukite.net
Related Posts:
Bajet 2018: Pemberian Air Percuma 20 Meter Padu Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pengecualian caj bekalan air kepada pengguna domestik di Terengganu, dengan syarat penggunaan maksimum 20 meter padu (mq) sebulan bermula Januari depan. Perkara itu diumumkan Menteri… Read More
Bajet 2018: 14 Kejayaan Bukti Malaysia Tidak Gagal Malaysia mencatat pelbagai cerita kejayaan dalam bidang ekonomi sepanjang tahun 2017. Kejayaan-kejayaan ini menjadi bukti bagi menunjukkan bahawa Malaysia berada di landasan yang betul bukan sebagaimana tohmahan pihak-piha… Read More
PAU 2017 : Menu Tradisional Terengganu Untuk Petugas Media Petugas media yang bertugas sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 teruja apabila dihidangkan dengan menu istimewa dari Terengganu yang dibawa khas untuk mereka.Sebanyak 1,000 bungkus nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku … Read More
Bajet 2018 : Ucapan Penuh Bajet Negeri UCAPAN PENUH BAJET NEGERI TERENGGANU TAHUN 2018OlehYANG AMAT BERHORMATDATO’ SERI HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD RAHMANMenteri Besar TerengganuKETIKA MEMBENTANGKAN RANG ENAKMEN PERBEKALAN 2018DI DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU11… Read More
Bajet 2018 : Wujud Pasukan Khas Realisasi Bajet 2018 Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail akan mempengerusikan pasukan khas bagi menyelaras dan memantau pelaksanaan semua 60 fokus atau perkara titik sentuhan yang dianggap utama oleh rakyat pada bajet 2018 … Read More