Sunday, 4 June 2017

Ahmad Razif ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Program Tadarus al-Quran (Wanita) Anjuran LKPIM Kuala Nerus di Masjid Al-Abrar, Seberang Takir. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim

Kira-kira 300 warga Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Kuala Nerus dan masyarakat setempat menyertai program Tadarus al-Quran di Masjid Al-Abrar, Seberang Takir.

Program anjuran LKPIM itu turut mendapat kerjasama Penyelaras Wanita DUN Seberang Takir dan Persatuan Wanita Sedar (Surianita) Kuala Nerus.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sambutan terhadap program keagamaan seperti tadarus al-Quran begitu menggalakkan khususnya di bulan Ramadan.


“Saya lihat, diseluruh Terengganu bahawa program tadarus al-Quran ini dijalankan begitu baik sekali.

“Aktiviti ini diadakan di setiap masjid samada antara selepas pada terawih atau selepas pada subuh dan ianya secara tidak langsung dapat mengimarahkan bulan mulia ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Tadarus al-Quran (Wanita) di Masjid Al-Abrar, Seberang Takir, semalam.

Katanya, semua pihak harus memainkan peranan bagi memastikan program-program keagamaan seperti ini menjadi budaya khususnya dalam kalangan generasi muda.


Sementara itu, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri tidak mewajibkan semua masjid dan surau di negeri ini melaksanakan solat sunat tarawih 20 rakaat.

“Ianya bergantung kepada setiap masjid dan surau itu dan ianya bukan paksaan.

“Cuma kita berikan galakkan, mana-mana masjid dan surau yang hendak laksanakan 20 rakaat tidak ada masalah,” ujarnya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Syukur Dapat Rumah Baru - Azaman Azaman ( kiri)bercerita tentang perasaan mereka sekeluarga apabila rumahnya dipilih  untuk baik pulih kepada Jailani  Kegembiraan jelas terpancar pada wajah seorang suami dan bapa, Azaman Said, 51, daripada Ka… Read More
  • UniSZA Pelawa Orang Ramai Cerap Gerhana Bulan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) membuka peluang kepada pelajar dan masyarakat setempat menyaksikan cerapan fenomena gerhana bulan penuh di perkarangan Dapo Pata (Uptown Kontena) , Tok Jembal  pada  31 Ja… Read More
  • Bas Amfibia Selamat Tiba Bas Amphibia atau bas dua alam yang dibeli oleh Kerajaan Negeri Terengganu dikatakan telah dihantar dan sudah berada di Malaysia. Sebelum ini Bas Amfibia itu menjadi tajuk panas di semua dada akhbar dalam negara akibat m… Read More
  • Elak Kongsi Kemewahan Di Laman Sosial - Jailani Jailani beramah mesra dengan salah seorang peserta Mini Karnival Usahawan di bawah Pusat Internet 1 Malaysia di Kuala Berang,hari ini Jadikan data peribadi sebagai komoditi berharga dan jangan sewenangnya berkongsi di l… Read More
  • Amirullah Terpilih Pengerusi MBNT Yang Baharu Sesi 2018/2021 Pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Terengganu, Amirullah Othman dipilih sebagai Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) yang baharu bagi penggal 2018/2021 pada Mesyuarat Agung MBNT Kali Ke-15 di … Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
11:51 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan