Monday, 5 March 2018

Muhammad Pehimi bersama pemenang Pertandingan Memancing Kelab RTM Terengganu sempena Ekspo Terengganu 2018. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail

 Pembangkang dilihat sengaja berlagak hero, sedangkan mempunyai agenda tertentu dengan mempolitikkan isu Taman Ilmu di Tembila, Besut .

Setiausaha UMNO Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof berkata, Taman Ilmu sedang rancak dibangunkan, malangnya ia cuba dipolitikkan saat menjelang Pilihan Raya Umum Ke 14.

“Pembangkang cuba masuk kawasan larangan (Taman Ilmu). Dalam hal ini, saya serahkan kepada pihak kerajaan untuk memastikan kawasan larangan ini tidak dicerobohi kerana apabila mereka cerobohi, tentunya mereka tidak dapat maklumat yang tepat.

“Kalau mereka ingin mendapatkan maklumat tepat, mereka tidak perlu ceroboh, boleh berjumpa dengan pihak kerajaan dan dapatkan apa maklumat yang diperlukan. Tidak perlu ceroboh tempat yang dilarang.

“Kalau tidak, mereka masuk tanpa kebenaran. Ada apa yang mereka lihat? Ada apa yang mereka pandang? Mungkin persepsi mereka berbeza dengan keadaan sebenar dan seterusnya fakta yang dikeluarkan kepada masyarakat adalah fakta yang salah. Negara kita mempunyai undang-undang dan perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pertandingan Memancing Kelab RTM Terengganu sempena Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Stadium Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

 Muhammad Pehimi diminta mengulas perkara itu kerana ada penganjuran konvoi ke Taman Ilmu di Tembila, Besut oleh Pemuda Pas Terengganu selepas solat Jumaat tadi.

Ketua Pemuda Pas Besut, Wan Asriazwa Wan Husin sebelum ini berkata, program itu akan diteruskan sebagaimana yang dirancang, bagi membawa rakyat melihat projek kerajaan BN yang bermasalah.

Sementara itu, jelas Pehimi, Taman Ilmu kini sedang rancak dibangunkan dan rakyat negeri ini akan mendapat berita gembira berkaitnya dalam masa terdekat. - teganukite.net

Related Posts:

  • PRU14 : Manifesto BN Besut Tawar Lapan Bidang Utama Barisan Nasional (BN) Besut  menawarkan lapan bidang utama menerusi manifesto Parlimen Besut bagi memberi kesejahteraan kepada penduduk daerah itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Pengarah Pilihan Raya BN Besut, N… Read More
  • PRU14 : Calon Otai Kuala Berang Kekal Tengku Putera Calon otai, Dato' Tengku Putera Tengku Awang kembali mewarnai persada politik negeri apabila diumumkan mempertahankan kerusi bagi calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang bagi meng… Read More
  • PRU14 : BN Terengganu Tampil Calon Boleh Menang Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Barisan Nasional (BN) Terengganu hari ini mengumumkan senarai calon yang akan bertanding di  lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pil… Read More
  • PRU14 : BN Mampu Tawan Parlimen Dungun Din Barisan Nasional (BN) menzahirkan keyakinan mampu merampas kembali kerusi P039, Parlimen Dungun dari tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.Calon bagi kerusi tersebut, Dato' Din Adam berkata, keper… Read More
  • PRU14 : Gandingan Dua `Z' Calon Serikandi BN Zaitun bersama anak-anak yang hadir memberi sokongan pada hari pengumuman calon Barisan Nasional, di Kediaman Seri Iman. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Barisan Nasional (BN) Terengganu memahat sejarah apabila pert… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
11:08 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan