Monday, 5 March 2018

Foto oleh Hasmizi Hamid

Formula bersatu padu perlu direalisasikan jika Barisan Nasional (BN) mahu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Terengganu.

Pengerusi BN Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ianya perlu bagi merampas kembali beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen selain mengekalkan kemenangan sedia ada.

Katanya, setiap parti komponen harus bekerja keras dan menggerakkan keseluruhan jentera pilihan raya mulai sekarang.

"Hasrat kita cuma satu, rapatkan hubungan antara pemimpin termasuk parti komponen dan sebagaimana yang berlaku di Dungun tadi.. semangat satu padu yang ditunjukkan oleh Dato' Din Adam dan dengan kekuatan jentera, saya percaya Dungun akan ulang sejarah untuk kita ambil balik 5-0.

"Begitu juga DUN-DUN lain, yang paling penting semangat jitu bersama formula satu padu, kita akan menang besar PRU14 nanti, "katanya ketika berucap sempena perasmian Konvensyen BN Terengganu, Hotel Primula, Kuala Terengganu, petang tadi.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi BN, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi BN Negeri, Dato' Seri Jailani Johari; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Ahli Majlis Tertinggi BN, Dato' Seri Ahmad Shabery Chik.

Ahmad Razif turut berkata, konvensyen BN yang julung kali diadakan itu mempunyai satu matlamat iaitu berkumpul dan  bersatu untuk menang besar dalam PRU14 nanti. - teganukite.net

Related Posts:

  • Jejambat Bukit Tumbuh Lancarkan Lalu Lintas Ahmad Razif ketika merasmikan Majlis Pelepasan Trafik Jejambat Di Bukit Tumbuh, Kuala Nerus, baru-baru ini. Dakwaan pembangkang  yang  menyatakan pembinaan jejambat Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu yang beropera… Read More
  • Sistem Pilihanraya Negara Antara Terbaik Dunia Dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan berlaku penipuan dalam sistem pilihanraya negara sebelum ini adalah tidak berasas sama sekali.Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Dato’ Sri … Read More
  • Kemaman Kekal Jadi Kubu UMNO Ribut dalam cawan yang melanda Kemaman, Terengganu beberapa tahun yang lepas cuba diambil kesempatan oleh beberapa pihak. Mungkin mereka lupa bahawa ribut dalam cawan tersebut telah menjadikan air tersebut semakin mesra d… Read More
  • Puteri UMNO Hulu Terengganu Sedia Bertempur Menangkan BN Rozita Jentera gerak gempur pilihan raya UMNO sudah mula bergerak secara berperingkat-peringkat  di seluruh negara sebagai persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sekali gus memenangkan Barisan N… Read More
  • UMNO Terengganu Beri Tumpuan Khusus Empat Parlimen Ahmad Razif bersama pucuk pimpinan UMNO Dungun dalam Himpunan Semarak Kasih di SMK Bukit Besi, Dungun, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Empat parlimen bakal diberi tumpuan khusus supaya kerusi-kerusi di Dewan… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
3:20 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74698
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan