Johari yang ditemui pada PAU 2017 di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim
Kurangkan situasi pergaduhan sesama sendiri bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional kekal menerajui kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Itulah antara kata-kata oleh Ketua Pemuda Terengganu, Johari Abu Bakar ketika mengulas ucapan dasar oleh Presiden UMNO, Dato' Seri Ahmad Najib Tun Razak semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU 2017) di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini. Johari berkata, ucapan oleh presiden parti tersebut memberi semangat untuk melihat UMNO menang dengan majoriti besar untuk menguasai parlimen selain memastikan Terengganu terus kekal di tangan Barisan Nasional. Katanya, apa yang penting untuk terus kekalkan kemenangan selain merampas kerusi yang tewas adalah solidariti seperti yang ditekan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib (Tun Abdul Razak). "Kita berada di landasan yang betul dimana semangat kali ini adalah semangat perjuangan untuk menentang lawan kita pada hari ini tidak lain dan tidak bukan adalah parti pembangkang terdiri daripada Bersatu, DAP dan PAN yang mana orang kata banyak bercakap bohong. "UMNO ini telah lama mendekati rakyat, dah lama buat cerita kejayaan di mana telah menyediakan kemudahan-kemudahan untuk rakyat bagi memastikan rakyat bersama kita. "Kerajaan telah menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur untuk rakyat dan juga bantuan-bantuan kepada nelayan, serta pekebun-pekebun kecil. Ini adalah suara daripada rakyat dan kerajaan telah memenuhi kehendak mereka," katanya. Tambahnya, ucapan tahniah juga kepada kepimpinan tertinggi Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di atas gerak kerja yang telah dan sedang diberikan kepada sayap Pemuda UMNO Negeri Terengganu. "Antara gerak kerja yang telah kita laksanakan seperti simulasi pilihan raya serta JR Plus. "Terengganu telah bersiap sedia untuk berperang, lawan pembangkang dan kita akan pastikan menang dengan majoriti besar," katanya. - teganukite.net |
Monday, 11 December 2017
Related Posts:
PRU14 : Tiada Sumbangan Pas Di Chukai Penantian Barisan Nasional (BN) selama lima tahun untuk merampas kembali DUN Chukai kembali kepada BN akan berakhir pada 9 Mei ini.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, selama lima tahun di baw… Read More
PRU14: Kak Ton Santuni Peniaga, Tinjau Keperluan Pasar Bukit Payong Zaitun beramah mesra dengan peniaga ayam di Pasar Bukit Payong. Foto oleh Irsyadi Abu Bakar Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin mengunjungi peniaga di Pasar Bukit Payung, s… Read More
PRU14 : BN Yakin Rampas Semula Tujuh Kerusi Oleh : Ezzuan Ahmad Barisan Nasional (BN) Terengganu optimis akan dapat merampas kembali tujuh kerusi yang mengalami kekalahan tipis pada Pilihan Raya Umun Ke-13 (PRU13) lalu.Pengerusi Barisan Nasional Negeri Ter… Read More
PRU14: BN Tarik Balik Penggantungan Raja Ahmad Soufi Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersetuju untuk menarik balik penggantungan keahlian Ketua Cawangan UMNO Kampung Langgar, Raja Ahmad Soufi Sulaiman.Jelasnya, penarikan balik penggantungan ini bagi mema… Read More
PRU14 : Beri Mandat BN Terus Terajui Terengganu Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama calon-calon BN Hulu Terengganu pada Program Mesra Rakyat Daerah Hulu Terengganu di Dewan Komuniti Kuala Berang, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail.… Read More