Tuesday, 27 June 2017
Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu hanya membenarkan 10 peratus daripada keseluruhan 3,474 pegawai dan anggotanya bercuti sempena Aidilfitri tahun ini.
Ketua Polis Terengganu Dato' Aidi Ismail berkata, anggota dan pegawai ini akan terlibat dalam Ops Selamat bermula 18 Jun hingga 2 Julai ini sempena musim perayaan ini.
"Seramai 530 orang termasuk 188 pegawai dan anggota trafik ditugaskan untuk memastikan keamanan dan ketenteraman rakyat di negeri ini dari segi penguatkuasaan undang-undang jalan raya termasuklah jenayah lain seperti pecah rumah dan kecurian.
"Kita telah mengenal pasti dua kawasan panas iaitu Kilometer (KM) 10.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Chendering) dan KM72 hingga 73 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Kampung Pulau Serai) yang menjadi antara lokasi kerap berlaku kemalangan.
"Orang ramai perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya pada sidang media sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya Op Selamat 11/2017 di Plaza Tol Ajil, Hulu Terengganu, petang semalam.
Majlis perasmian kempen disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud.
Tambah Aidi lagi, jangkaan kesesakan akan berlaku di tujuh laluan di negeri ini masing-masing empat jalan di Kuala Terenganu iaitu Jalan Sultan Mohamad; Jalan Tengku Mizan, Bulatan Batu 6 menghala ke Banggol Air Lilih dan Plaza Tol Kuala Terengganu manakala dua di Setiu (Persimpangan Chalok dan Persimpangan Guntung Luar) dan Pekan Jertih di Besut.
Sementara itu, Roslee turut menasihatkan para pengguna jalan raya supaya berhati-hati sepanjang pemanduan pulang dan sentiasa mematuhi undang-undang ditetapkan bagi menggelakkan kejadian yang tidak diingini. - teganukite.net
Related Posts:
Dua Pelumba TSG Cipta Kejayaan Di Laman Sendiri Amirull mencipta sejarah apabila muncul sebagai raja bukit pertama dari Malaysia sejak LTdL dianjurkan bermula 1996. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki… Read More
TSG Sasar Juara Peringkat Pertama LTdL Esok Anuar Manan yang mewakili TSG bakal memulakan perlumbaan LTdL bermula esok di Kuala Berang. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) meletakkan sasaran untuk memenangi persaingan peringka… Read More
Orang Ramai Teruja Saksi Perlumbaan LTdL Penutupan beberapa jalan utama secara berperingkat di sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu bagi memberi laluan kepada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 yang membuka tirai kejohanan bermula hari ini, tidak mengha… Read More
Kuala Berang Jadi Venue LTdL Peringkat Pertama Kejohanan lumba basikal berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 kembali menggegar Kuala Berang sebagai venue pelepasan peringkat pertama bagi acara pembukaan kejohanan edisi ke-22 itu, hari ini.Timbalan Menteri Komunik… Read More
Diskaun Bayaran Cukai Pintu Untuk Premis Sempena VBT 2017 Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menawarkan diskaun bayaran cukai pintu bagi premis perniagaan dan pejabat yang mengecat dan meningkatkan pencahayaan sempena Tahun Melawat Terengganu 2017, bermula tahun ini sehing… Read More