Kerajaan negeri akan menaiktaraf prasarana dan landskap di sempadan Terengganu- Kelantan di Kampung Pachakan, Kuala Besut sebagai menarik minat lebih ramai pelancong ke Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Negeri Dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee, berkata laluan empat lorong akan dinaiktaraf sepanjang 400 meter, lengkap dengan pembinaan longkang, kaki lima dan landskap.
Katanya, pintu gerbang Selamat Datang akan ditambah baik dengan memasang lampu hiasan agar bersesuaian dengan kempen kerajaan negeri sempena Visit Beautiful Terengganu.
“Premis perniagaan sedia ada akan dibaikpulih dan beberapa premis lain akan dibina baru supaya nampak lebih tersusun,” katanya
Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-13 (Bajet), di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini - teganukite.net