Ahmad Razif menyampaikan bantuan persediaan kepada pelajar lepasan SPM Parlimen Kuala Nerus di Duyong Marina & Resort, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg Ismail
Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu memperuntukkan RM3,719,100 untuk diagihkan kepada 4,209 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai bantuan persediaan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, penyampaian bantuan persediaan dan bantuan pembelian komputer untuk pelajar yang berjaya menyambung pengajian di matrikulasi dan diploma bagi peringkat pertama itu diadakan bermula hari ini sehingga 1 Jun ini yang melibatkan pembahagian di semua 32 Dewan Undangan Negeri.
Katanya, daripada jumlah itu seramai 2,050 pelajar yang akan melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi di Semenanjung manakala 17 pelajar yang akan ke Sabah dan Sarawak.
"Bagi peringkat diploma pula, 2,132 pelajar yang akan menyambung pengajian di Semenanjung manakala sepuluh pelajar yang menyambung pengajian peringkat sama di Sabah dan Sarawak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pembahagian Bantuan Persediaan Yayasan Terengganu serta Bantuan Pembelian Komputer Sesi Pengajian 2017/2018 (Parlimen Kuala Nerus) di Duyong Marina & Resort, hari ini.
Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil serta Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim.
Ahmad Razif berkata, setiap pelajar yang mengikuti program matrikulasi di Semenanjung akan menerima RM500 seorang, manakala pelajar di Sabah dan Sarawak pula akan menerima RM800 seorang.
“Pelajar yang mengikuti pengajian peringkat diploma di Semenanjung pula menerima sebanyak RM750 manakala sebanyak RM1,050 pula diberikan kepada pelajar di Sabah dan Sarawak,” ujarnya.
Katanya, bantuan pembelian komputer sebanyak RM500 juga diserahkan dalam bentuk wang tunai kepada pelajar peringkat diploma.
Menurut Ahmad Razif, setiap tahun kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM20 juta untuk bantuan persediaan bagi mereka yang mengikuti pengajian di peringkat matrikulasi, sijil, diploma dan ijazah serta untuk pembelian komputer dimana pembahagiannya dilakukan secara berperingkat. - teganukite.net
|
Monday, 29 May 2017
Related Posts:
Polis Siasat Kes Portal Fitnah Mohd Sabri Laporan polis mendesak pihak penguatkuasa mengambil tindakan terhadap penulis berita dan pemilik portal dipercayai milik sebuah parti pembangkang yang menyiarkan berita berunsurkan fitnah. Foto oleh Hasmizi Hamid P… Read More
Jangan Silap Langkah Lagi - Ahmad Razif Ahmad Razif mengagihkan bantuan pentadbiran kepada J3K DUN Seberang Takir. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Rakyat digesa agar mengingati dan menilai semula kerenah pemimpin Pas ketika parti itu memerintah Terengganu se… Read More
Rakyat Perlu Buat Pilihan Tepat Ahmad Razif beramah mesra dengan tetamu. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Rakyat Terengganu harus membuat pilihan tepat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi bagi memastikan negeri ini tidak kembali ke zaman “ke… Read More
Calon PRU14 Terengganu Lulus Saringan SPRM Menteri Besar menyampaikan hadiah kepada johan Pertandingan Ihtifal Kesenian Islam Kemas Peringkat Negeri Terengganu 2018. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato' Seri Ah… Read More
UniSZA, Skuad Sukarelawan TTB Jalin Kerjasama Bagi Misi Kemanusiaan Ahmad Razif menyempurnakan Majlis Perasmian Mahabbah IKIMFM @ UniSZA 2018: Untukmu Al Aqsa Dan Rohinya di Perkarangan Masjid UniSZA, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan… Read More