Monday, 29 May 2017
Terengganu menjadi negeri pertama penganjuran Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akan diadakan di seluruh negeri sepanjang bulan Ramadan ini.
Program dihadiri lebih 2,000 tetamu itu diadakan sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Jamek, Tok Jembal, Kuala Nerus, petang tadi.
Hadir sama, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Sri Alwi Ibrahim.
Tetamu kehormat lain, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; ketua-ketua pengarah jabatan dan pemimpin setempat.
Program turun padang itu bertujuan mengeratkan silaturahim sesama penduduk serta mengimarahkan masjid.
Sebelum berbuka puasa Zahid bersama Ahmad Razif sempat menyampaikan sumbangan kepada kira- kira 100 anak yatim dan mendengar tazkirah agama.
Timbalan Perdana Menteri turut menunaikan Solat Maghrib berjemaah, sebelum ke Masjid Bukit Besar, Kuala Terengganu untuk menunaikan Solat Terawih. - teganukite.net
Related Posts:
Bajet 2018 : Bertuahnya Jadi Rakyat Terengganu - Tengku Zaihan Adun Kuala Besut, YB Tengku Zaihan Adun Kuala Besut, YB Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menyifatkan Bajet Terengganu 2018 yang bertunjangkan empat pe-tunjang utama dirangka berasaskan apa yang rakyat hendak dan bukan… Read More
Bajet 2018: Agih Bantuan, 'Tidak Pilih Warna' Kerajaan negeri tidak memilih warna atau fahaman parti dalam menghulurkan sebarang bantuan, terutama berkaitan bencana dan kebakaran. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri,… Read More
Bajet 2018: Terengganu Rekodkan 876 Kekosongan Jawatan Imam Dan Bilal Sebanyak 876 jawatan imam dan bilal di masjid kerajaan masih belum diisi disebabkan calon temu duga tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Mu… Read More
Bajet 2018 : Gen Z Diutamakan Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 YB A.Latiff Awang Kerajaan negeri memberi perhatian khusus kepada Generasi Z selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.YB A.Latiff Awang (BN-Pengkalan Berangan) menjelaskan kepada sidang Dewan Undan… Read More
Bajet 2018: Sembilan Laluan Baharu Untuk My Bus Ir. Rosli ketika mengulas lanjut berkenaan laluan My Bus di persidangan Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Sembilan laluan dikenalpasti sebagai laluan pe… Read More