Monday, 29 May 2017


Timbalan Perdana Menteri, Dato' Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa orang ramai terutama umat Islam agar jangan melakukan pembaziran makanan terutama sepanjang Ramadan kerana amalan itu bertentangan ajaran Islam.

Katanya, negara telah digemparkan dengan fakta yang menunjukkan rakyat Malaysia membazir 17,800 tan makanan sehari berdasarkan Statistik Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

"Angka ini cukup menggerunkanb apabila tiba Ramadan setiap tahun rakyat negara ini membuang 270,000 tan makanan yang tidak diusik dan boleh dimakan semula.

" Analisis itu juga mencatatkan jumlah makanan tersebut boleh dihidangkan kepada 180 juta orang, hampir enam kali ganda melebihi populasi Malaysia," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni YAB Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri Periingkat Negeri Terengganu dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Jamek,  Tok Jembal, Kuala Nerus, petang ini

Sementara itu Ahmad  Zahid turut memberitahu, kerajaan telah mengarahkan kawalan keselamatan di semua pintu masuk di sempadan negara dan lorong-lorong tikus terus diperketatkan lagi  untuk memastikan negara selamat daripada ancaman keganasan.



"Semua agensi penguatkuas kawalan sempadan selain kerjasama polis marin akan terus memantau semua pintu-pintu masuk persempadanan negara demi keselamatan," katanya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri juga akan memastikan negara dan rakyat sentiasa selamat daripada sebarang ancaman apatah lagi kalangan pengganas merupakan rakyat negara ini sendiri.

"Pihak keselamatan khususnya polis sudah mengenal pasti senarai semua individu yang disyakki terbabit dalam kegiatan militan Daesh.

"Polis telah melakukan beberapa penagkapan ke atas mereka terbabit yang termasuk dalam senarai orrang yang disyaki.

"Pihak berkuasa tidak akan berhenti di situ saja dan kita akan teruskan pemburuan agar semua yang ada dalam senarai itu takkan telepas," katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Bersedia Hadapi Banjir Gelombang Kedua Che Adam menunjukan carta pergerakan hujan. Foto Tg Syamim Tg Ismail  Penduduk di Terengganu diingatkan sentiasa bersiap sedia menghadapi banjir gelombang kedua yang dijangka berlaku tengah malam esok (7 Disem… Read More
  • PAU 2017 : Wanita Teguh Sebagai Tulang Belakang Parti Pergerakan Wanita UMNO akan terus kekal dengan penuh iltizam untuk membantu kepimpinan Presiden parti untuk membawa UMNO lebih jauh ke hadapan.Wakil Pergerakan Wanita UMNO Negeri Terengganu, Zurina Abdul Rahman,berkata … Read More
  • PAU 2017 : Mentaliti Negaraku Memperkasa Wanita Ke Arah Kecemerlangan UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2017, DATUK MAS ERMIEYATI SAMSUDIN Pembukaan Bismillah Hir Rahman Nir RahiimAssalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam Negaraku, Salam 1 … Read More
  • PAU 2017: Puteri UMNO Tidak Akan Merajuk Puteri UMNO tidak akan merajuk,tidak akan bergasak dan tidak menutup bilik gerakan sekiranya tidak terpilih menjadi calon pada pilihan raya umum ke 14(PRU 14) nanti,demikian kata Ketua Puteri UMNO, Dato' Wira Mas Ermieyat… Read More
  • PAU 2017 : Perang Mesti Menang UCAPAN DASAR KETUA WANITA UMNO, TAN SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL, DI PERHIMPUNAN AGUNG WANITA UMNO 2017 Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh DOA PEMBUKAAN 1. Saya suka mulakan ucapan … Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
2:05 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74677
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan