Monday, 21 August 2017

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Wan Abdul Hakim Wan Mukhtar memotong riben ketika merasmikan Malaysia Festival 2017 Sydney yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Malaysia Festival 2017 Sydney berjaya mempromosikan Terengganu bukan sahaja kepada penduduk tempatan di Sydney malah di seluruh Australia dan New Zealand.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, festival yang dianjurkan oleh gabungan pelajar-pelajar Malaysia di Sydney berjaya menarik ramai pengunjung ke acara tahunan tersebut dengan persembahanan budaya yang terdapat di Malaysia.

"Pertunjukan budaya serta muzik-muzik tradisional yang dimainkan di sini membuatkan penduduk tempatan tertarik untuk hadir dan secara langsung memperkenalkan Malaysia khususnya Negeri Terengganu.

"Pertunjukan tradisional Terengganu seperti Ulik Mayang turut dipersembahkan dan apa yang kita dapat lihat, pengunjung asing amat berminat dengan persembahan tersebut terutamanya muzik yang dimainkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Malaysia Festival 2017 Sydney di Sydney, hari ini.

Turut hadir ialah Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Pelancongan), Wan Mohd Firdaus Wan Sembok dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Festival 2017 Sydney, Ivan Khor.

Sementara itu, Setiausaha Eksekutif Malaysia Festival 2017 Sydney, Hsiang Lin Tan berkata, acara tahunan yang diadakan pada kali ini bakal berlangsung dua hari, berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya apabila hanya dianjurkan sehari.

"Tahun ini kita mensasarkan seramai 70,000 pengunjung akan hadir sepanjang dua hari berbanding tahun lalu di mana kita berjaya menarik 30,000 pengunjung dalam masa sehari.

"Antara tarikan utama yang berjaya menarik pengunjung ialah dengan wujudnya gerai-gerai makanan dan buah-buahan tempatan yang kita sediakan di sini," katanya lagi.

Tambah Hsiang lagi, pada tahun ini seramai 16 penganjur terlibat secara langsung dan mengharapkan agar lebih banyak penyertaan di masa hadapan. - teganukite.net

Related Posts:

  • 40,000 Kenderaan Bakal Penuhi LPT 2 Aidi menyaksikan Roslee Daud memakaikan topi kaledar baru kepada salah seorang pengguna jalan raya pada majlis Pelancaran Keselamatan  Jalan Raya Sempena Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri 2018. Foto oleh Zulkifli CW … Read More
  • Terengganu Capai 100 Peratus Agensi Tandatangani IBR Ahmad Razif bersama penjawat awam dan kakitangan GLC pada Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah kakitangan Kerajaan dan GLC. Foto Harish Fadzillah Kassim Kesediaan 100 peratus agensi di bawah kerajaan Terengganu untuk menanda… Read More
  • Sultan Mizan Berkenan Rasmi Boardwalk Setiu Sultan Mizan berkenan menyempurnakan gimik perasmian 'Boardwalk Setiu' diiringi oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail. Foto oleh Tengku Syamim Ten… Read More
  • The Pocket Rocketman Cipta Rekod Baharu Asia Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang mencipta rekod baharu Asia dalam acara pecut elit lelaki setelah mencatat kepantasan 9.774 saat sewaktu pusingan kelayakan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 20… Read More
  • Hajar Cekal Bina Empayar Bisnes Online Hulu Terengganu: Kehilangan tempat bergantung ketika menuntut di sekolah rendah menjadi pencetus semangat kepada pemilik THE BONUM, Siti Hajar Mohd Sapien,24, menjalankan perniagaan bagi menampung kos kehidupan dan pengaji… Read More

Demi Masa

ISNIN, 30 Jun 2018
6:07 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75871
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan