Tengku Putera (kiri) ketika mengadakan sidang media Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2017 Peringkat Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim
Kerajaan negeri akan menganjurkan beberapa acara utama bersempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2017 yang signifikan dengan tema tahun ini ‘Negaraku Sehati Sejiwa’.
Pengerusi Jawatankuasa Agungnya, Dato' Tengku Putera Tengku Awang berkata, sambutan pada tahun ini bakal disambut meriah dengan pelbagai acara baharu sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat.
Beliau berkata, antara acara baharu yang akan dianjurkan ialah Majlis Tahlil dan Solat Hajat-Doa Untuk Malaysia pada 24 ogos ini.
“Program Doa Malaysia adalah platform untuk semua masyarakat berbilang kaum mendoakan kesejahteraan Malaysia khususnya dan negeri amnya,” ujarnya.
Katanya, di peringkat kebangsaan telah dilancarkan pada 12 Ogos lalu dengan memberi pilihan kepada semua negeri memilih tarikh masing-masing dan Terengganu akan mengadakan majlis tahlil dan solat hajat pada tarikh tersebut dimulakan dengan solat magrib berjemaah, bacaan yasin serta doa di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah, Dungun.
“Keharmonian dalam kepelbagaian kaum sangat mustahak untuk kesefahaman dan tanggungjawab untuk membawa kejayaan kepada negara bangsa adalah tanggungjawab semua.
“Walaupun di Terengganu majoriti 97 peratus adalah muslim, kita turut menggalakkan kaum lain mendoakan kesejahteraan negara mengikut kepercayaan masing-masing,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media mengenai Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2017 Peringkat Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini.
Menurut Tengku Putera, antara acara lain yang akan dianjurkan adalah Program Negaraku Sehati Sejiwa, Program Amanat Merdeka, Sambutan Malam Ambang Merdeka serta Perarakan dan Perbarisan Hari Kebangsaan 2017.
Selain itu, katanya, perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan pada tahun ini akan menampilkan kelainan apabila 32 Dewan Undangan Negeri turut mengambil bahagian.
“Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan dan 106 pasukan yang akan mengambil bahagian termasuk pasukan sekolah, jabatan kerajaan, badan berkanun, swasta, institut pengajian tinggi dan pelbagai lagi,” ujarnya.
Dalam pada itu, Tengku Putera turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penganjuran acara sempena sambutan tersebut dan menyeru semua rakyat menunjukkan semangat cintakan negara dengan mengibarkan jalur gemilang di kediaman dan premis masing-masing. - teganukite.net |
Thursday, 17 August 2017
Related Posts:
Tekanan Air Rendah, Penduduk Diminta Bersabar - Hanafiah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat meminta penduduk di sekitar kawasan kebakaran kilang penapisan Kemaman Bitumen Company (KBC) supaya bersabar berikutan tahap tekanan air di kawasan tersebut menjadi ren… Read More
Yang Di-Pertuan Muda Berkenan Rasmi Korobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan Tengku Muhammad Ismail berkenan merasmikan Korobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan 2018 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Yang Di-Pertuan Muda Te… Read More
Kebakaran KBC Hampir Pulih Kebakaran tangki simpanan minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company ( KBC ), di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman kini semakin pulih apabila dua daripada tiga tangki yang terbakar berjaya dipadamkan sepenuhny… Read More
Petronas Taja 43 Pelajar Terengganu Cemerlang SPM 2017 Ahmad Samsuri berbual dengan pelajar yang menerima penajaan PESP. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Petronas menganugerahkan penajaan melalui Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) kepada 43 anak Terengganu yang cemerl… Read More
Penduduk Sekitar Kilang Terbakar Dinasihat Dapat Rawatan Di Klinik Kesihatan Menteri Besar turun padang melihat sendiri kejadian dan mendengar taklimat daripada pihak polis. Foto oleh : Tengku Syamim Tengku Ismail Penduduk yang tinggal di sekitar kilang Kemaman Bitumen Company (KBC) yang ter… Read More