Penduduk yang berpindah mengalih tilam yang disediakan untuk kegunaan di pusat pemindahan sementara banjir di Dewan Serbaguna Mengabang Telung, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengklu Syamim Tengku Ismail
Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) berada dalam keadaan berjaga-jaga serta bersiap-siaga bagi menghadapi kemungkinan banjir melanda negeri ini.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, semua agensi dan jabatan dalam JPBNT yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail bersedia digerakkan sekiranya banjir berlaku di mana-mana kawasan di seluruh Terengganu.
"Terengganu tiada masalah kerana semua agensi terbabit telah bersiap sedia dari awal termasuk menyediakan pusat pemindahan sementara dengan kemudahan- kemudahan yang diperlukan.
"Saya berharap mereka yang terbabit (mangsa banjir) mematuhi arahan- arahan pihak berkuasa supaya semua berjalan lancar,"katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita susulan pemindahan kumpulan pertama mangsa banjir dari Kampung Alur Damak, Batu Rakit ke pusat pemindahan sementara di Dewan Serbaguna Mengabang Telung, Kuala Nerus, awal pagi ini.

Ahmad Razif memberitahu, pembekalan keperluan dan petugas- petugas banjir semuanya sudah digerakkan sejak awal dan masyarakat tidak perlu gusar dengan persiapan bagi berdepan kemungkinan bencana itu.
Katanya, pemindahan pertama melibatkan lapan keluarga di Kampung Alur Damak berkenaan disebabkan berlaku takungan air di kawasan kediaman mereka.
Tambahnya, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail sudah menguruskan keperluan sepatutnya dengan dibantu agensi penyelamat dan JPBNT, sejak lewat malam tadi.
Basir berkata, beliau sudah melawat dan meninjau sendiri proses pemindahan dan pusat pemindahan sementara yang disediakan bagi menempatkan semua mangsa sebelum keadaan pulih sepenuhnya.
"Semua yang terbabit dipindahkan ke penempatan sementara dan kita sudah menyalurkan bantuan awal.
"Kumpulan pertama ini terpaksa dipindahkan akibat air bertakung di kawasan penempatan itu kerana hujan lebat," katanya. - teganukite.net