Sunday, 15 January 2017



Nilai kerosakan sekolah akibat bencana banjir di Terengganu baru-baru ini, dianggarkan mencecah RM6 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, taksiran itu dibuat berdasarkan semakan serta laporan yang diterima daripada pejabat pendidikan di setiap daerah de­ngan Hulu Terengganu dan Setiu merupakan daerah yang paling teruk terjejas.

Katanya, menurut laporan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu sebanyak 133 sekolah terlibat dengan bencana itu yang mengakibatkan kerosakan fizikal dan penggantian perabot selepas bangunan yang dinaiki air, ditimpa ribut, rosak struktur bumbung dan sebagainya.

“Kerugian tersebut melibatkan kerosakan perabot, peralatan pengajaran dan pembelajaran, buku teks, pendawaian elektrik serta beberapa kemudahan lain termasuk padang dan bumbung sekolah.

“Laporan mengenai kerosakan ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan untuk tindakan selanjutnya bagi tujuan baik pulih dan sebagainya,” ujarnya.


Beliau yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Ramah Mesra Ibu Bapa dan Pelajar Baharu Tingkatan Satu Bersama Menteri Besar dan Penyampaian Bantuan Persediaan Kepada Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Imtiaz di Stadium Negeri, semalam.

Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A Rahim Jusoh; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, Bazlan Abdu Rahman; Pengarah Yayasan Terengganu, Mohamad Sulong dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin. 

Pada majlis itu, seramai 700 pelajar menerima bantuan persediaan sebanyak RM500 setiap seorang.

A.Latiff berkata, pihaknya juga berharap Kementerian Pelajaran dapat menyalurkan peruntukan itu dengan kadar segera.

Sementara itu, beliau berkata sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup akibat banjir tidak perlu menggantikan semula hari persekolahan. - teganukite.net

Related Posts:

  • Banjir : 64 Sekolah Ditutup Sebanyak 64 sekolah ditutup di seluruh Terengganu sehingga hari ini, berikutan kawasan sekolah yang ditelenggami air dan terputus hubungan akibat banjir yang melanda negeri ini. Daripada jumlah itu,  sekolah… Read More
  • Peniaga Jangan Ambil Kesempatan - MB Peniaga dinasihatkan agar tidak mengambil kesempatan terhadap pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya ketika kerancakan kempen `Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017'. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Ab… Read More
  • Tiga Projek Perkedaian MBKT Beroperasi Awal Februari Ahmad Razif memberi penerangan kepada peniaga-peniaga ketika meninjau projek MBKT di sekitar Pusat Bandar Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Tiga projek perkedaian Majlis Bandaraya Kuala Terengganu … Read More
  • Banjir : Jumlah Mangsa Meningkat Kepada 11,090 Orang Wan Nawawi bermesra dengan penjawat awam cemerlang selepas Perhimpunan Bulanan Bersama Penjawat Awam Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkifli Putra Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus mencatat peningkatan men… Read More
  • Pusat Akuatik Dibuka Semula Pertengahan Bulan Ini Ahmad Razif dalam lawatannya ke Pusat Akuatik MBKT, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mula dibuka semula pada pertengahan Janu… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
1:35 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan