Sunday, 15 January 2017
Kerajaan negeri diminta menyegerakan kelulusan pembinaan rumah kos rendah di Menerong, Ajil seawalnya pada tahun ini bagi mengatasi masalah banjir.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib berkata permohonan itu telah dibuat kepada Menteri Besar,Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman semasa pecah tanah Projek Pembangunan Desa di Menerong tahun lepas.
Katanya, Menteri Besar sudah bersetuju ianya dimulakan pada Mac depan namun beliau berharap ia dapat disegerakan lebih awal demi kebajikan mangsa banjir di kawasan itu.
"Kita sudah mohon pembinaan 200 unit rumah kos rendah di kawasan tinggi. Kalau sudah ada penempatan maka akan selesai masalah penempatan yang sentiasa ditenggami banjir.
"Lebih kurang 300 rumah yang sentiasa dilanda banjir termasuk dari kampung Peneh,Lubok Periuk,Kua dan beberapa kampung lagi yang sangat memerlukan perumahan ini untuk atasi masalah banjir."kata Ghazali.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi,Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri,berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Bantuan Pasca Banjir di Dewan Sivik Ajil, Hulu Terengganui hari ini.
Ghazali berkata,setiap kali banjir penduduk kawasan tersebut terpaksa menanggung pelbagai risiko kerugian dan kemusnahan harta benda setiap kali bencana alam itu berlaku.
"Tapi mereka tiada pilihan, itu saja rumah dan tanah yang ada maka terpaksa juga tinggal di rumah yang sama walaupun sering ditenggelami air."kata Ghazali lagi.
Seramai 502 penerima daripada 15 buah kampung yang terlibat dengan banjir baru-baru ini menerima sumbangan pasca banjir daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu(MAIDAM) Syarikat Air Terengganu (SATU ),Yayasan Terengganu,Persatuan Pegawai Tadbir Agama Terengganu dan Pejabat Adun Ajil.
Sumbangan berbentuk kit solat,barangan dapur dan makanan seperti beras,minyak,telur serta wang tunai bagi mengurangkan beban dan emosi mangsa banjir yang terlibat.
Sementara itu, penerima bantuan Rafizah Abd Razab,34,dari Kampung Pengkalan Ajal berkata bantuan yang diterima walaupun tidak sama dengan nilai kerugian yang dialami namun meringankan sedikit beban yang ditanggung beliau sekeluarga.
"Saya dan suami mempunyai bengkel kereta dan besi, bayangkan bila kedai kami di tenggelami air setinggi 1.5 meter yang tidak berlaku sebelum ni,
"Peralatan dan barangan besi rosak tapi kami berjaya selamatkan mesin utama, ada juga kenderaan pelanggan yang ditenggelami air..jadi bayangkan kerugian yang kami terpaksa tanggung pada banjir kali ini."katanya lagi.
Menurut Rafizah,anggaran kasar kerugian yang dialami setakat ini sebanyak RM15 ribu tidak termasuk kerugian kenderaan pelanggan yang tenggelam banjir. - teganukite.net
Related Posts:
Bajet 2018: 14 Kejayaan Bukti Malaysia Tidak Gagal Malaysia mencatat pelbagai cerita kejayaan dalam bidang ekonomi sepanjang tahun 2017. Kejayaan-kejayaan ini menjadi bukti bagi menunjukkan bahawa Malaysia berada di landasan yang betul bukan sebagaimana tohmahan pihak-piha… Read More
Bajet 2018: RM1,000 Untuk Bapa, Ibu Tunggal Mahu Kahwin Kerajaan negeri menyediakan bantuan RM1,000 untuk golongan ibu dan bapa tunggal yang ingin berkahwin tahun hadapan. Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman semasa pembentangan persidan… Read More
Bajet 2018 : Hab Digital Suntik PKS Berdaya Saing Cadangan mewujudkan hab digital Kuala Terengganu dalam pembentangan Bajet Terengganu 2018 semalam, seiring dengan kedudukan Malaysia yang kini muncul antara pasaran e-perdagangan di peringkat global membabitkan janaan pend… Read More
Bajet 2018 : Wujud Pasukan Khas Realisasi Bajet 2018 Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail akan mempengerusikan pasukan khas bagi menyelaras dan memantau pelaksanaan semua 60 fokus atau perkara titik sentuhan yang dianggap utama oleh rakyat pada bajet 2018 … Read More
Bajet 2018 : Bajet Berasas Kehendak Rakyat Menteri Besar menunjukkan buku Bajet Terengganu 2018 sebelum membentangkan bajet itu di Persidangan DUN Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Bajet 2018 dengan tema ‘Masa Hadapan Yang Lestari’ yang d… Read More