Monday, 30 October 2017
Pengumuman peruntukan RM50 juta oleh Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak supaya GiatMara membaik pulih dan menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz berdaftar di negara ini dalam Bajet 2018 dijangka dapat memartabatkan lagi institusi tahfiz di Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata pengumuman itu membuktikan kecaknaan serta keperihatinan Kerajaan Pusat terhadap kewujudan institusi tahfiz sebagai satu pusat pendidikan yang memartabatkan syiar Islam di negara ini.
"Ianya merupakan satu bajet baru dan tentunya menggembirakan bagi seluruh pusat-pusat tahfiz khususnya yang ada dalam negara kita dan sudah pastitTahfiz di Terengganu juga bakal mendapat manfaatnya.
"Secara peribadi,saya menyokong penuh peruntukan disalurkan melalui GiatMara bagi membaikpulih dan menyelenggara sistem pendawaian di semua tahfiz yang berdaftar.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian penutup Program Cinta Negara: Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Terengganu 2017 di perkarangan Masjid Kampung Menerong, kelmarin.
Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Terengganu, Nasrudin Mahmud dan kepimpinan setempat.
Menurut Ghazali lagi, masih banyak keperluan lain lagi harus diberi perhatian ke arah membina dan melahirkan insan kamil dan mukmin yang bertakwa di negara ini.
Mengulas mengenai Program Cinta Negara: Negaraku Sehati Sejiwa, Ghazali berkata program tersebut dapat meningkatkan semangat patriotisme rakyat untuk lebih menghargai keamanan dan kedamaian dikecapi negara selama ini.
"Ini termasuklah memberi pendedahan kepada penduduk yang terlibat mengenai perancangan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri pada masa depan untuk manfaat mereka.
"Kehadiran pada hari ini saya anggarkan lebih 1,500 penduduk daripada 13 kampung sekitar di Mukim Hulu Berang dan ianya mendapat sambutan baik daripada masyarakat dengan pengisian pelbagai program,"katanya.
Jelasnya lagi, program itu juga memberi peluang kepada masyarakat untuk mendalami aspirasi negara terutama Transformasi Nasional 2050 yang (TN50) dicetuskan Perdana Menteri. - teganukite.net
Related Posts:
Terengganu Komited Capai Kadar Kelahiran Bayi Sehingga 25,000 Setahun Ahmad Razif dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria bersama bayi Maulidur Rasul di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamin Tengku Ismail. Kerajaan Negeri komited dalam meningkat kadar k… Read More
Juarai Perarakan Maulidur Rasul Hasil Keserasian Dan Komitmen Berpasukan Pasukan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Keserasian sesama anggota dan komitmen padu yang ditampilkan tiga pasukan membolehkan mereka muncul juara bagi pertandingan perarakan dalam setiap katego… Read More
Sumbangan RM170,000 Untuk Persediaan Persekolahan 2017 Kepada Keluarga PGA Gong Badak Ahmad Razif melontar bola petaque sebagai simbolik merasmikan majlis penutup Kejohanan Petanque Terbuka Batalion 9, PGA Gong Badak, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kerajaan negeri bersetuju menyediakan sumba… Read More
Sultan Terengganu Seru Umat Islam Elak Bercakaran Sesama Sendiri Sultan Mizan berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan perarakan pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail … Read More
71 Pasukan Sertai Perarakan Maulidur Rasul Ahmad Rzif bersama tetamu kehormat lain mengetuai perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Seramai 2,762 peserta membabitkan 71 pasukan… Read More