Sunday, 15 January 2017


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman terkilan dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) yang mendakwa Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mendapat haji mabrur.

Ahmad Razif berkata, tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu secara tidak langsung mengguris hati kira-kira 4,000 jemaah yang mengikuti program tersebut sejak 2011.

Katanya, Tun M tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian, kerana hanya Allah S.W.T sahaja yang boleh menilai setiap amalan dan ibadat kita sama ada diterima atau tidak.

“Perkara ini tidak sewajarnya berlaku. Penilaian tentang mabrur atau tidak haji seseorang itu bukan manusia yang tentukan. Yang tentukan hanya Allah S.W.T

“Saya berharap Tun Dr Mahathir tarik balik kenyataan yang dibuat kerana perkara ini mengguris hati banyak pihak,” ujarnya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pencalonan Haji Program Khas Haji Perdana Menteri 2017 di TH Hotel, Kuala Nerus hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato’ Jailani Ngah.

Sementara itu, Jailani yang juga merangkap Pengerusi jawatankuasa program Khas Haji Perdana Menteri – Yayasan 1MDB mencabar Tun M menyatakan status 20 jemaah dari Kedah yang menunaikan haji menerusi tajaan sama ketika anaknya menjawat jawatan Menteri Besar negeri itu dari 2013 hingga awal 2016.

“Beliau mungkin tidak menyedari perkara itu. Justeru, saya ingin bertanya kepada Tun Dr Mahathir, adakah haji jemaah yang dicalonkan anaknya sendiri juga melalui program Khas Haji Perdana Menteri – Yayasan 1MDB ini mabrur ataupun tidak?

“Jika beliau berani jawab tidak mabrur maka sudah tentu 20 jemaah haji ini akan buat kenyataan akhbar bagaimana perasaan mereka yang terguris dengan kenyataan Tun Dr Mahathir itu,” ujarnya.

Katanya, biarpun Tun M terus mengkritik dan mempertikaikan program khas haji itu, ia sedikitpun tidak menjejaskan jemaah haji yang sudah dan bakal menunaikan ibadah tajaan Yayasan 1MDB berkenaan.

“Malah, kita terus menerima permintaan tinggi daripada pelbagai pihak yang mahu menunaikan haji menerusi program ini termasuk seramai 1,100 jemaah akan dihantar menunaikan ibadah haji untuk tahun ini,” ujarnya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Terengganu Belanja RM80 Juta Untuk kebajikan Rakyat Hanafiah ketika diwawancara wartawan UPDI, di pejabat beliau hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM80 juta bagi memperkasakan kebajikan rakyat melalui Portfolio Kebajikan,… Read More
  • Taska Di Semua Jabatan Kerajaan Mulai 2019 Hanafiah ketika diwawancara wartawan UPDI, di pejabat beliau hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri akan memastikan semua agensi dan jabatan kerajaan termasuk di daerah mewujudkan Taman Asuh… Read More
  • NGO Jadi Mata Dan Teliga Kerajaan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini diharap menjadi medium terbaik untuk membantu kerajaan negeri dalam menyampaikan pelbagai maklumat kepada masyarakat. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO… Read More
  • J3K Diingatkan Tidak Khianati Amanah Kerajaan Pas yang meneruskan peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) sebagai teras kepemimpinan di peringkat akar umbi mengingatkan mereka yang baharu menerima tanggungawab itu agar tidak mengkianati ama… Read More
  • Kerjasama Kerajaan Negeri Dengan Pusat Demi Agama, Kebaikan Rakyat Kerajaan negeri sekali lagi menegaskan komitmen untuk memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada Kerajaan Pusat bagi menjayakan sebarang program demi kebaikan rakyat. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah … Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
1:55 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74696
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan