Thursday, 7 September 2017


Program Senyum Syukurnya Negaraku Merdeka yang julung kali diperkenalkan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang berjaya menyemarakkan semangat patriotisme di segenap lapisan masyarakat sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang berkata, program diadakan bermula awal Ogos dan berakhir hari ini, dibuka kepada 6,014 rumah di DUN Kuala Berang dengan syarat mereka merupakan pengundi berdaftar di DUN tersebut.

Katanya, Pejabat ADUN memperuntukkan hampir RM80,000 termasuk tiga kereta sebagai hadiah utama, satu kereta untuk cabutan bonanza, set sofa, peti ais, mesin basuh, penyaman udara dan televisyen serta pelbagai hadiah sagu hati untuk kesemua 111 penyertaan akhir.

"Kita bermula dengan pertandingan di peringkat kampung diuruskan oleh 37 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) dengan tiga pemenang terpilih ke pertandingan akhir peringkat DUN.

"Daripada jumlah itu, 111 rumah yang layak ke peringkat akhir akan dibahagikan kepada sembilan zon dan dinilai oleh 27 juri yang dipilih daripada jabatan-jabatan sekitar Kuala Berang.

"Antara kriteria-kriteria dalam penghakiman kali ini adalah seperti kreativiti, keunikan, jumlah Jalur Gemilang, kekemasan, galeri dan beberapa lagi aspek penting dalam penilaian bagi memilih pemenangnya,"katanya kepada pemberita selepas meninjau proses penghakiman beberapa rumah penduduk yang berjaya ke peringkat akhir pertandingan, semalam.

Tengku Putera yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri berkata beliau teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh penduduk yang terlibat dan kesepakatan mereka dalam menghiasi kediaman masing-masing.

Tambah Tengku Putera, program berkenaan menjadi satu permulaan dan pengukuhan dalam membentuk semangat patriotisme dan  kerjasama yang menjayakan konsep OKB 'Kami Berpadu Tuan Membantu'.

"Saya berpuas hati setelah melihat sendiri bagaimana usaha yang telah dilakukan oleh peserta untuk menjadi yang terbaik dalam pertandingan kali ini walaupun terpaksa mengeluarkan belanja sendiri dan ada yang sanggup berbelanja tinggi untuk mencipta kelainan di kediaman mereka.

"Malah pertandingan yang julung kali diadakan ini, saya lihat berjaya merealisasikan lapan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) seperti perpaduan, kekeluargaan,penyatuan dan ilmu sepanjang pertandingan ini berlangsung.

"Panjangkan semangat ini kepada generasi muda bagi membangkitkan rasa cinta kepada negara dan mensyukuri nikmat kemerdekaan,"ujarnya. - teganukite.net

Related Posts:

  • PRU14 : Derita Bapa Tunggal Dapat Perhatian Oleh : Ezzuan AhmadSeorang bapa tunggal yang menghidap penyakit kencing manis di tahap kritikal kini mampu tersenyum selepas kediamannya di Kampung Pinang Merah, Paka, yang rosak  sudah dibaiki semula.Abdul Rahman Moha… Read More
  • PRU14 : Calon Parlimen Dungun Temui Mangsa Kebakaran  Din Adam ketika bertemu mangsa kebakaran dalam lawatannya hari ini Oleh : Ezzuan AhmadCalon Barisan Nasional (BN) Parlimen Dungun, Dato' Din Adam hari ini menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sura … Read More
  • Kerajaan BN Tidak Jemu Bantu Tabika Kemas Halina memerhati dua kanak-kanak Tabika Kemas menyertai Pertandingan Mari Bersolek. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Kemas dengan menyalurk… Read More
  • Orang Ramai Dijemput Meriahkan Program Nostalgia Ramadan Orang ramai dijemput memeriahkan Program Nostalgia Ramadan  anjuran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang diadakan sepanjang bulan Ramadan ini bertempat di Pasarnita Tanjung, Kuala Terengganu. Datuk Bandar M… Read More
  • Cari Pahala Di Bazar Ramadan Hampir seminggu umat Islam di negara ini mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia. Bermakna, kira-kira seminggu juga para peniaga di bazar-bazar Ramadan di seluruh daerah mencari rezeki menjual juadah berb… Read More

Demi Masa

JUMAAT, 18 Julai 2018
3:19 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

76145
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan