Wednesday, 2 May 2018
Oleh : Ezzuan Ahmad
Seorang bapa tunggal yang menghidap penyakit kencing manis di tahap kritikal kini mampu tersenyum selepas kediamannya di Kampung Pinang Merah, Paka, yang rosak sudah dibaiki semula.
Abdul Rahman Mohammad, 62, kini tinggal bersama seorang anak lelakinya di rumah itu yang juga rumah pusaka peninggalan keluarganya sejak 30 tahun dahulu selepas kematian isteri tercinta, Kamisah Zakaria, 45, akibat penyakit barah otak.
Lebih memeritkan lagi, penyakit kencing manis yang dihidapinya telah menyebabkan penglihatannya menjadi kabur dan tidak mampu untuk bekerja untuk mencari rezeki.
Keadaan tersebut menyebabkan dia tidak mampu untuk membaiki kerosakan struktur rumahnya akibat dimakan oleh serangga perosak.
Menurutnya, keadaan rumah kayu yang reput di beberapa bahagian menyebabkan kehidupannya menjadi semakin tidak menentu kerana risau rumah tersebut runtuh.
"Saya tidak boleh membuat kerja berat kerana penyakit saya ini dan hanya mengambil upah membuat kerja-kerja kampung sahaja,"katanya.
Dengan pendapatan sebanyak RM500 sebagai tukang cuci di sebuah masjid, menurutnya adalah mustahil untuk membeli kayu dan papan yang baru bagi membaiki rumahnya itu.
"Duit yang ada hanya cukup untuk membeli barang keperluan harian dan makanan saya dan anak. Setiap hari saya runsing memikirkan keadaan rumah saya ini," katanya.
Tambahnya, wakil rakyat yang telah dilantik (Pas) tidak pernah mengambil berat tentang keadaan diri dan kediamannya.
"Walaupun pejabatnya (wakil rakyat) dekat dengan rumah saya namun sehingga sekarang satu bantuan untuk baiki rumah saya tidak pernah diberikan," katanya.
Simpati dengan keadaan tersebut, calon BN DUN Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman melalui Pejabat Penyelaras UMNO DUN Paka turun membantu membaik pulih kediaman Abdul Rahman.
Menurut Tengku Hamzah, bantuan yang diberikan merupakan bantuan papan dinding dan kayu lantai bagi menggantikan bahagian yang rosak.
"Kita (BN) turun membantu meringankan beban beliau meskipun berada di dalam kubu kuat mereka (Pas) dan ini merupakan satu petanda bahawa rakyat mahukan BN untuk mengubah nasib hidup mereka.
"Kita juga akan meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memikirkan bantuan yang sepatutnya seperti bantuan elaun bulanan dan bantuan lain yang dirasakan perlu," katanya. - teganukita.net
Related Posts:
Penternak Bawa 14 Ekor Kambing Berlindung Di Rumah Sebahagian Kambing yang sedang berehat di ruang tamu sambil diperhatikan Rohani. Jika lazimnya kambing bermalam di kandang tetapi berbeza pula di Kampung Nibong, Hulu Terengganu, haiwan berkenaan mendapat layanan istimewa … Read More
Puteri UMNO Besut Anjur Program Di PPS Idris menyuap pulut kuning kepada peserta bertindik Pada Program Bertindik Beramai-Ramai Pelbagai aktiviti berfaedah diadakan bagi menghilang rasa bosan mangsa banjir ketika berada di Pusat Pemindahan Sementara ( … Read More
Pasangan Kembar Seiras, OKU Seronok Sertai Majlis Khatan Dun Telemong YB Dato' Rozi Mamat mendukung peserta OKU Mohammad Zakry Aminuddin Zanfori,11 ke bilik berkhatan di Sekolah Kebangsaan Tengkawang. Perasaan seronok dan teruja malah terasa seperti putera raja apabila didukung oleh Ahli D… Read More
Perlaksanaan NBOS Hulu Terengganu Cemerlang Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu,DSP Adli Mat Daud membersihkan ruang tamu Fatimah Jusoh sambil di bantu oleh anggotanya. Semua jabatan dan agensi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melaksnakan Kerja… Read More
Sumbangan Back To School Kurangkan Beban Keluarga Mohd Fazli(berkerusi roda) mencuba baju sekolah kepada anaknya Muhammad Fakhriy Nasiruddin bersama dua lagi anak lelakinya Muhammad Faqeh Naqiuddin(kanan) dan Muhammad Fathun Najmuddin Bantuan dalam bentuk baucer bernilai … Read More