Thursday, 7 September 2017


Hotel lapan tingkat di Pulau Poh, Tasik Kenyir yang sedang dibina bakal siap sepenuhnya menjelang hujung 2018.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, hotel dilengkapi 150 bilik tersebut mengikut jadual yang ditetapkan.

Katanya, hotel tersebut bakal diletakkan di bawah konsortium dan dikelola oleh Terengganu Incorporated Sdn Bhd.

"Semua hotel yang ada di Terengganu (milik kerajaan negeri) berada di bawah satu konsortium dan hotel ini juga akan diletakkan bawah konsortium.

"Saya rasa ia tiada masalah kerana Terengganu Incorporated ini mempunyai pengalaman dalam menguruskan hotel," katanya.

Beliau ditemui pemberita dalam lawatannya di Tasik Kenyir, hari ini.

Ahmad Razif berkata, hotel dengan kos yang RM100 juta tersebut dibina berdasarkan permintaan oleh pengunjung Tasik Kenyir.

Tambahnya, dengan sambutan yang semakin bertambah, infrastruktur juga turut akan ditambah di kawasan itu.

"Saya difahamkan akan ada banyak lagi pemaju akan mendirikan resort di Tasik Kenyir memandangkan pengunjung di sini semakin hari semakin bertambah.

"Selain daripada memberi fokus kepada pelancong domestik kita juga akan tumpukan kepada pelancong asing terutamanya dari Eropah dan China," katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • SPNB Bina 248 Unit RIR Di Kuala Ping Ahmad Razif bersama penduduk menjamu selera Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 248 unit Rumah Idaman Rakyat (RIR) di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu, dalam tempoh terdekat.Projek di kawasan lapan hekt… Read More
  • Gabung NGO, Wakil Rakyat Hangatkan Persidangan DUN Muda Mohd Zubir menyampaikan sijil kepada pembahas terbaik pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN ) Muda Persatuan Pandu Puteri di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri… Read More
  • Pemohon Baharu Perlu Isi Borang Dana Perayaan Pemohon baharu Bantuan Dana Perayaan Aidilfitri 2018 yang  memenuhi syarat kelayakan perlu mengisi borang yang dipaparkan  melalui laman web www.danattb.terengganu.gov.my. Manakala penerima tah… Read More
  • Manifesto BN Terengganu Fokus Tiga Bidang Menteri Besar beramah mesra dengan tetamu  yang hadir sempena majlis temu mesra di Dewan Merdeka Kota Putera Square, semalam. Foto oleh Mohamad Ishak Barisan Nasional (BN) Terengganu akan menumpukan tiga bidang utama … Read More
  • Bubar DUN Tanpa Ambil Kira Cuti Umum Mohd Zubir ketika mengunjungi gerai pameran Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Terengganu sempena Majlis Perasmian Program Menhubung Menyatu @Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA) di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu… Read More

Demi Masa

KHAMIS, 3 Julai 2018
4:51 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75903
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan