Monday, 30 April 2018

 Din Adam ketika bertemu mangsa kebakaran dalam lawatannya hari ini

Oleh : Ezzuan Ahmad

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Dungun, Dato' Din Adam hari ini menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sura Jeti, Kuala Dungun selepas kediamannya musnah dalam kejadian semalam.

Beliau turun melihat sendiri kesan kemusnahan dan berkongsi kedukaan mangsa kebakaran, Sahuri Johari, 36, yang tinggal sehelai sepinggang akibat kejadian itu.

Katanya, bantuan yang diberikan berupa sumbangan makanan, keperluan asas dan pakaian kepada keluarga terbabit bagi mengurangkan kesusahan yang sedang mangsa hadapi.

"Kita bersimpati di atas musibah yang melanda keluarga terbabit dan ini menjadi tanggungjawab kita (BN) untuk membantu rakyat yang memerlukan. 

"Kita juga akan memikirkan bantuan lain yang dirasakan perlu untuk meringankan beban mereka " katanya kepada Teganukita.

Menurut Din, bantuan itu merupakan tanggungjawab BN dalam memastikan tiada rakyat yang hidup dalam kesusahan meskipun berada di kawasan pembangkang.

"Ini merupakan tanggungjawab kami (BN) dalam memastikan tiada rakyat yang terlepas diberikan bantuan sekiranya memerlukan," katanya.

 Dalam kejadian jam 1.20 petang itu, keluarga terbabit tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman yang didiami mereka musnah keseluruhan akibat kejadian tersebut.

 Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan keluarga terbabit kini menumpang sementara di kediaman saudara maranya. - teganukita.net

Related Posts:

  • 164 Terima APC PPD Setiu 2016 Seramai 164 menerima pengiktirafan sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pendidikan Setiu (PPD) Setiu 2016 di Putera Jaya, Setiu, hari ini. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesi… Read More
  • Aktiviti Luar Kelas Perlu Dikurangkan Pengurusan sekolah di negeri ini disaran supaya menghadkan  aktiviti pelajar di luar bilik darjah berikutan keadaan cuaca panas melampau masa kini..Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata … Read More
  • RM86,600 Untuk Orang Muda DUN Batu Rakit Sebanyak RM86,600 diperuntukkan kerajaan negeri menerusi dana Transformasi Orang Muda (TOM) kepada 433 remaja di Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Setiu, baru-baru ini. Majlis penyerahan baucer TOM disempurnakan Ahli De… Read More
  • 81 Penuntut UniSZA Berbakti Di Kampung Seri Kenangan Seramai 81 penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai Program Khidmat Komuniti Dan Bakti Siswa di Kampung Seri Kenangan, Setiu selama dua hari, baru-baru ini. Naib Canselor UniSZA, Prof Dato' Dr Ahmad Z… Read More
  • 100 Murid DUN Permaisuri Jayakan Hari Buku Sedunia Seramai 100 murid dari lima sekolah di Setiu menjayakan program sempena Hari Buku Sedunia di Perpustakaan Daerah Setiu, Bandar Permaisuri, semalam. Penolong Pegawai Perpustakaan Daerah Setiu, Mohd Azran Yusof berkata, l… Read More

Demi Masa

RABU, 25 Jun 2018
10:49 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75803
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan