Tuesday, 13 June 2017
Ramadan kali ini buat seorang kakitangan Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi, Selangor, amat bermakna apabila muncul pemenang utama cabutan bertuah di Majlis Berbuka Puasa Perantau Bersama YAB Menteri Besar dan Kepimpinan Negeri Terengganu, di Perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Presint 3, Putrajaya, malam tadi.
Amirah Sofia Saidi, 32, yang berasal dari Kuala Terengganu berkata, dia langsung tidak menduga namanya tiba-tiba dipanggil naik ke pentas untuk menerima hadiah berupa Motosikal Honda Wave selepas pemenang yang disebut pada awalnya tidak muncul.
"Perasaan saya sangat teruja dan tidak menyangka kerana ini merupakan kali pertama saya memenangi hadiah utama cabutan bertuah sepanjang hidup saya.
"Apatah lagi apabila saya memenangi sebuah motosikal. Saya bagaikan tidak percaya ketika nama saya diumumkan dan selepas disebut kali kedua barulah saya yakin rezeki memihak kepada saya," katanya.
Menurut Amira lagi, dia berhasrat menggunakan motosikal untuk kegunaan sekeluarga dan berterima kasih kepada penyumbang hadiah itu, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Mohd Sabri Alwi.
Selain motosikal, pelbagai barangan bernilai lain disediakan penganjur menerusi sumbangan pemimpin politik negeri sempena program tahunan yang menghimpunkan lebih 10,000 anak Terengganu di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.
Hadiah lain termasuk peti sejuk, televisyen, vakum, oven dan ketuhar. - teganukite.net
Related Posts:
PRU14 : Pembangkang Raih Simpati Tuduh Projek Tanaman Jagung Bijian Oleh : Ezzuan AhmadDakwaan pembangkang kononnya projek perintis tanaman jagung bijian di Kampung Dadong, gagal adalah tidak benar sama sekali dan ianya hanya bertujuan untuk meraih simpati politik.Menteri Pertanian dan Indu… Read More
PRU14 : `Wanita Besi' Terengganu Ahmad Razif (kiri) bersama Halina dan Zaitun (dua dari kanan) mengaminkan doa di majlis masuk kampung di Balai JKKK Kampung Surau Haji Yaakob, DUN Bukit Payung. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Barisan Nasional (BN) … Read More
PRU14 : MCA Dekati Pengundi Tionghua Oleh : Ezzuan AhmadMCA Bahagian Kemaman akan terus mendekati pengundi Tionghua atas pagar bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali menang di kerusi N31 Chukai dari tangan Pas.Pengerusi MCA Bahagian Kemaman, Datuk Seri … Read More
Penjawat Awam Perlu Bijak Guna Media Sosial - Ali Hamsa Ali Hamsa bergambar bersama sebahagian penjawat awam yang hadir di Majlis Amanat KSN Bersama Penjawat Awam Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim Ketua Setiausaha Negara, Ta… Read More
PRU14 : Pilih Parti Yang Tunai Janji, Beri Khidmat Terbaik - A. Latiff Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang mengingatkan pengundi terutama golongan muda supaya memilih secara matang dengan melihat 'track record' parti yang mampu menjana… Read More