Tuesday, 13 June 2017
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Perdagangan Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menangani masalah penjualan mercun secara online.
Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia,Dato'Jailani Johari,menasihatkan orang ramai agar tidak membeli mercun yang dijual secara dalam talian kerana penjualannya tidak dibenarkan.
"Namun setakat ini pihak SKMM masih belum menerima aduan mengenai penjualan mercun secara online, sekiranya ada kami akan mengambil tindakan yang sepatutnya.
"SKMM sediakan kemudahan jalur lebar bukannya untuk memudahkan promosi bahan terlarang ini namun ada juga pihak mengambil kesempatan menjual dan mempamerkan bahan mercun dan sebagainya untuk mendapat keuntungan cepat.
"Penjualannya adalah haram dan merupakan satu kesalahan dan individu yang menjualnya lebih-lebih lagi sempena hari raya ini boleh dikenakan tindakan undang-undang tegas,"kata Jailani.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Berbuka Puasa Bersama Kepimpinan Hulu Terengganu dan Penyampaian Sumbangan kepada Ibu Tunggal dan Keluarga Kurang Berkemampuan di Dataran Kuala Berang,hari ini.
Menurut Jailani,SKMM mempunyai portal iaitu sebenarnya.my yang bertindak menyalurkan maklumat mengenai barangan yang dibenarkan dijual di atas talian.
"Jadi sesiapa yang masih tidak tahu barang apa yang boleh dijual dan tidak boleh dijual di atas talian bolehlah melayari portal ini.
"Ia penting kerana banyak barang terlarang seperti ubat-ubatan yang memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa dijual tanpa kebenaran dan ia sama dengan kes penjualan mercun online ini,"katanya lagi.
Beberapa individu dikesan menjual mercun secara online menerusi laman sosial Facebook dan aplikasi telefon pintar WhatsApp dan Instagram sempena musim perayaan kali ini.
Pelbagai gambar jenis mercun dimuat naik antaranya mercun mancis, bola, naga, padi, das, thunder clap dan roket yang harganya bergantung mengikut saiz. - teganukite.net
Related Posts:
PBT Pantau Kebersihan Bazar Ramadan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan negeri diarahkan tidak berkompromi dalam menguatkuasakan peraturan terutamanya membabitkan kebersihan makanan. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknol… Read More
Serikandi Agih 1,000 Pek Makanan Berbuka Puasa Kepada Penjaga Pesakit Di HSNZ Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) mengagihkan sebanyak 1,000 pek makanan berbuka puasa kepada penjaga pesakit yang sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HS… Read More
Bazar Ramadan Food Truck Bawa Kelainan Suasana Bazar Ramadan Food Truck, di hadapan PB Square, Kuala Terengganu Bazar Ramadan Food Truck, di hadapan PB Square, Kuala Terengganu membawa kelainan kerana nampak lebih tersusun, kemas dan memberi keselesaan… Read More
Kisah Pilu Nelayan Seberang Takir Selamat Pulang Selepas Ditahan Di Indonesia Ahmad Razif (dua dari kiri) menadah doa sebagai kesyukuran kepulangan dua nelayan Seberang Takir ke kampung halaman selepas ditahan Kerajaan Indonesia. Foto oleh Harish Fadzillah abu Kasim "Saya amat gembira dengan kepu… Read More
Jambatan Pulau Sekati Dibuka Hari Ini Jambatan sepanjang hampir tiga kilometer menghubungkan Kampung Teluk Pasu ke Losong, Kuala Terengganu melalui Pulau Sekati mula dibuka kepada orang ramai mulai hari ini. Manakala jalan menghala ke Kampung Banggol Tuan … Read More