Thursday, 3 May 2018


Oleh : Ezzuan Ahmad

Dakwaan pembangkang kononnya projek perintis tanaman jagung bijian di Kampung Dadong, gagal adalah tidak benar sama sekali dan ianya hanya bertujuan untuk meraih simpati politik.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek berkata,  projek itu memberikan satu kejayaan besar kepada kementeriannya kerana ia membuktikan ia boleh ditanam dan dibangunkan di negara ini.

"Sebenarnya projek tanaman jagung bijian ini dijalankan mengikut kaedah giliran iaitu selepas tanaman jagung, padi pula ditanam jadi pembangkang jangan cepat buat tuduhan, bila lihat padi ditanam di tapak projek jagung bijian, mereka kata Jabatan Pertanian gagal, menteri tak pandai dan sebagainya," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra Program Penuaian Jagung di Kampung Seberang Tayor Hilir, petang semalam.

Ahmad Shabery berkata, kaedah tanaman secara giliran digunapakai di kawasan itu kerana projek tanaman padi hanya dijalankan setahun sekali memandangkan ia bukan dalam kawasan jelapang padi negara yang membolehkan tanaman padi ditanam sepanjang tahun.

 "Menerusi projek ini, kaedah giliran diguna pakai iaitu ada waktu tanam jagung dan ada waktu tanam padi yang mana untuk satu musim kedua-dua tanaman ini ia memakan masa lebih kurang 100 hari," katanya.

Calon Parlimen Kemaman mengulas mengenai tuduhan dilemparkan pembangkang bahawa projek rintis jagung bijian yang dijalankan di Kampung Dadong tidak berjaya selepas melihat tapak projek berkenaan kini ditanam dengan tanaman padi.

Tambah beliau, dengan kaedah giliran itu, ianya dilihat menjadikan tanaman akan menjadi lebih subur dan memberi pulangan hasil yang lebih baik kepada pengusaha.

"Selepas habis musim jagung, ia akan ditanam dengan padi dan akan menjadikan padi lebih subur kerana keadaan tanah akan lebih baik dengan kaedah yang kita gunakan sekarang.


Melihat kepada kejayaan projek perintis berkenaan , beliau menambah, projek itu akan diperluaskan  di 20 lokasi di Johor dan Kedah dan selain itu akan turut dibangunkan di Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, projek tanaman jagung bijian sangat perlu dilaksanakan bagi menghasilkan makanan ternakan terutama sekali untuk ayam kerana Malaysia perlu menternak ayam dalam  jumlah besar untuk menampung keperluan negara. - teganukita.net

Related Posts:

  • PRU14 : Deposit Pasang Bendera Hanya Cagaran Bayaran deposit RM50 bagi permit pemasangan bendera dan iklan pilihan raya di setiap jalan di kawasan pentadbiran Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) bukanlah perkara baharu, sebaliknya diperkenalkan sejak PRU13.Datu… Read More
  • Tuduhan Pembangkang Tidak Berasas- Ahmad Razif Ahmad Razif melayan pelanggan pada Program  Jualan Sentuhan Rakyat. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail  Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyifatkan kenyataan seorang pemimpin pembangkang mengatak… Read More
  • Festival Perarakan Mazu, Selera Rasa Sasar 40,000 Pengunjung Tun Ahmad Faisal (dua kanan) menunjukkan poster Festival Perarakan Mazu dan hidangan tradisi Terengganu pada sidang media di Restoran Madam Bee, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail  Jaba… Read More
  • Jangan Fikir Soal Ganjaran - SUK Nawawi bersama penjawat awam pada Perhimpunan Bulanan Warga Wisma Darul Iman. Tengku Syamim Tengku Ismail Penjawat awam di negeri ini diingatkan  supaya tidak terlalu memikirkan soal ganjaran, termasuk jumlah… Read More
  • PRU14 : Ketua Keselamatan PPBM Besut Keluar Parti Jentera Keselamatan Parti Pribumi  Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Besut lumpuh apabila Ketua Keselamatan parti itu, Hashim Che Hassan, 50, bertindak keluar parti itu, malam tadi.Hashim membuat pengistiharan keluar pa… Read More

Demi Masa

JUMAAT, 20 Jun 2018
11:32 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75735
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan