Sunday, 11 June 2017
Kerabu Sare merupakan satu menu eksotik di bulan Ramadan yang sukar didapati dan hanya terdapat di Pantai Timur terutamanya Terengganu dan Kelantan.
Tinjauan Teganukita ke bazar-bazar Ramadan sekitar Hulu Terengganu mendapati penjualan kerabu Sare masih mendapat permintaan tinggi oleh penggemar makanan unik ini.
Sare ialah sejenis rumpai laut yang dikeringkan dan boleh disimpan lama sehingga berbulan-bulan malah bertahun. Selalunya sare' hanya dibuat kerabu dan dimakan bersama-sama dengan nasi sebagai lauk sampingan.
Menurut seorang peniaga, Saloma Yusof,40, sare direndam satu malam, kemudian dibasuh, digosok untuk mengasingkan segala kekotorannya.
"Apabila bersih, tumbuhan itu ditoskan dan dijemur,sebelum bermulanya proses membuat kerabu.Sare perlu dibersihkan dan direndam selama satu malam dan sentiasa ditukar air. Esoknyer cuci bersih dan jemur panas sehingga sare bertukar warna hitam ke putih.
"Kemudian barulah di celur dan di makan bersama dengan sambal tumis dan sambal kelapa.Di sinilah keenakannya terasa apabila gabungan rasa masam,manis dan sedikit pedas tu benar-benar mengecurkan si pengemarnya,"katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Kuala Ping,hari ini.
Namun kerana kekangan masa, Saloma membeli terus sare yang telah siap diproses untuk dijual kepada pelanggan tetapnya di bazar.
Seorang pembeli, Salleh Othman,46, yang ditemui berkata, kerabu Sare merupakan satu makanan wajib yang dicari apabila tiba bulan Ramadan.
Apabila ditanya apakah keunikan kerabu sare,beliau berkata rasanya unik dan berbeza dengan kerabu lain yang biasa dijual.
"Rasa sare ini istimewa, tak jumpa pada kerabu-kerabu lain..bila kita makan dan kunyah, bunyi ranggupnya..rasailah sendiri sebab tak kenal maka tak cinta.Sare ni juga sedap di makan dengan Nasi Kerabu.
"Semua anak-anak saya gemar kerabu sare dan kalau beli kat bazar biasanya lima bungkus pun tak cukup kalau kena dengan sambal dan kuahnya,"katanya lagi. - teganukite.net
Related Posts:
RM100 Ribu Suntikan Untuk Kelab Sahabat Najib Kerajaan negeri menyerahkan bantuan RM100,000 kepada Kelab Sahabat N87 Negeri Terengganu bagi pengurusan kelab dan persiapan menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Daripada jumlah itu, RM10,000 diagihkan kepada Kelab… Read More
Terengganu Istiqamah Bangunkan Ummah Tetamu yang memeriahkan Program Bicara Profesional Menelusuri Sejarah Peradaban Batu Bersurat di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Kerajaan negeri akan terus istiq… Read More
Rakyat Terengganu Dijemput `Negeriku Berselawat, Doa Kami Untuk Palestin' 26 Mac Ini Terengganu bakal menganjurkan program `Negeriku Berselawat dan Doa Kami Untuk Palestin' di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus pada 26 Mac ini (Isnin). Program bermula pada jam 8.00 malam akan disiarkan secara langs… Read More
Turun Padang Sentuh Hati Rakyat Suriati Ali by Suriati Ali on Friday, March 23, 2018 0 Comment Bazlan bersama penduduk Pulau Redang. Gambar oleh Suriati Ali Tidak protokol, sederhana dan berusaha sedaya upaya untuk memberi sumbangan dan bantuan kepada penduduk yang memerlukan.Itu antara sikap dan perwatakan Ahli … Read More
Litar Lumba Gong Badak Kejayaan Besar Atasi Masalah Lumba Haram Menteri Besar beramah mesra dengan peserta selepas melancarkan pelepasan Drag Challenge 2018, di Litar Lumba Gong Badak, Kuala Nerus, tengah malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Litar Lumba Gong Badak… Read More