Thursday, 3 May 2018

Ahmad Razif (kiri) bersama Halina dan Zaitun (dua dari kanan) mengaminkan doa di majlis masuk kampung di Balai JKKK Kampung Surau Haji Yaakob, DUN Bukit Payung. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim

Barisan Nasional (BN) Terengganu mahu melahirkan `iron lady' negara pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Cabaran itu disuarakan Pengerusi BN Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika turun padang menemui pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bukit Payung, Parlimen Marang, malam tadi.
"Saya selalu mengatakan bahawa kita kena berani mencabar kelaziman. Maka hari ini Terengganu mencabar kelaziman..Biasanya calon wanita seorang sahaja..tetapi sudah lama tiada. Maka kali ini (PRU14) sekali gus dua orang.Kita minta supaya kedua-dua calon wanita ini membuktikan (menang).

"Ramai yang tidak percaya bahawa Terengganu ada calon-calon yang bertanding. Jadi ini sebagai permulaan..mungkin ini sebagai satu pemangkin untuk membolehkan calon-calon wanita boleh bertanding pada masa akan datang. Sebab Perlis negeri yang kecil pun ada calon wanita, jadi  Terengganu kenapa tiada..Jadi kita hendak buktikan di bawah kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional kita tiada masalah dan kita sentiasa memberi peluang dan melihat pencapaian kedua-dua calon ini,"katanya kepada pemberita sejurus program itu, malam tadi.


Turut hadir isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM), Dato' Muda Mamat.

Hadir sama, calon Parlimen Marang, Mohamad Nor Endut dan calon Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin.

Ahmad Razif sebelum itu dalam ucapannya mahu calon BN Bukit Payung, mampu membuktikan keupayaan bergelar sebagai `wanita besi' sepertimana gelaran Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Allahyarhamah Datuk Maznah Hamid yang menjadi ikon serta inspirasi kepada golongan hawa negara ini kerana kejayaan mempunyai 68 cawangan dan berjaya menyaingi 500 buah syarikat keselamatan lain di dunia.

Menurut beliau lagi, DUN yang diwakili kedua-dua calon wanita, Bukit Payung dan Sura (Datuk Zainun Abu Bakar) bukan kerusi yang mudah, berikutan disandang oleh pembangkang. Bagaimanapun, prestasi semasa yang baik selepas empat hari berkempen mula memberi petunjuk yang baik untuk BN merampas semula kedua-dua kerusi itu. 


Tambahnya, beliau mahu dua calon wanita  itu membuktikan keupayaan untuk memenangi PRU14 ini dan menjadi wakil yang mampu membela nasib wanita dengan lebih agresif sekali gus memperkasakan taraf kehidupan golongan itu.

"Mereka (Zaitun dan Zainun) ini sangat gigih. JR (Jalinan Rakyat) di kedua-dua DUN ini akan bekerja bermati-matian, kerana mereka adalah di kalangan Ketua Wanita UMNO Bahagian masing-masing. Saya yakin, kedua-dua kerusi yang kita letakkan calon wanita ini akan menyaksikan pertandingan yang sengit dan insyaAllah akan memihak kepada kita,"katanya. 


Ahmad Razif juga yakin calon BN Bukit Payung itu mendapat sokongan tidak berbelah bahagi suami beliau (Pengarah UKOM) yang sarat dengan pengalaman politik apabila pernah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selama dua penggal (1986-1995) dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)) Binjai yang kini dikenali Pengkalan Berangan selama empat penggal (1982- 1999).

Selain menjadi Ketua UMNO Bahagian Marang selama 21 tahun (1985-2004), Muda juga dilantik sebagai Pengerusi Biro Penaziran UMNO Negeri sejak 2014 sehingga kini. -
teganukita.net

Related Posts:

  • PRU14: Biarlah Qada Dan Qadar Yang Menentukan-Rozi Tersenarai atau tidak sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak menjadi satu persoalan dan saya berserah kepada qada dan qadar, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Dato' Rozi Mamat.Beliau yang ju… Read More
  • BN Tanggung Tunggakan Cukai Akibat Janji PAS Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu terpaksa membayar tunggakan cukai pintu selama lima tahun kira-kira RM26 juta kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) selepas berjaya mengambil alih semula negeri pada Pi… Read More
  • PRU14: Hanya BN Memahami Kehendak Rakyat Manifesto Barisan Nasional (BN) merupakan manifestasi kehendak rakyat dalam mencapai kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini.Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Terengganu, Ten… Read More
  • TPM Hadir Perjumpaan Tertutup Di Hulu Terengganu Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri perjumpaan tertutup pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Hulu Terengganu, di Bangunan UMNO Hulu Terengganu, di Kuala Berang, hari ini.Naib Presi… Read More
  • PRU14 : Sokong Siapa Sahaja MB Selepas Ini Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berikrar akan terus memberi sokongan penuh kepada sesiapa sahaja yang bakal dilantik menjadi menteri besar selepas Barisan Nasional (BN) berkuasa semula di negeri itu selepas… Read More

Demi Masa

SABTU, 15 Mac 2018
3:47 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74654
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan