Thursday, 3 May 2018


Oleh : Ezzuan Ahmad

MCA Bahagian Kemaman akan terus mendekati pengundi Tionghua atas pagar bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali menang di kerusi N31 Chukai dari tangan Pas.

Pengerusi MCA Bahagian Kemaman, Datuk Seri Jamy Tan berkata, pendekatan itu sudah dibuat sejak enam bulan lalu agar dapat menambah majoriti kemenangan bagi kerusi Parlimen Kemaman pada pilihan raya kali ini.

Menurut Jamy, pengundi Cina di DUN Chukai mempunyai kira-kira 3,800 orang dan 1,800 daripadanya merupakan ahli MCA.

"Daripada 1,800 pemilih Cina berdaftar itu pula dianggarkan 80 peratus menyokong BN manakala selebihnya adalah pengundi atas pagar yang berusaha didekati agar kembali bersama BN.

"Kita membuat lawatan dari rumah ke rumah untuk menemui pengundi atas pagar dan dari situ kita cuba merapatkan hubungan dengan mereka agar sokongan mereka hanya kepada BN," katanya.

Jamy ditemui selepas program ceramah perdana di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dusun Nyior, Chukai, emaman, semalam.

Menurut Jamy, maklum balas yang di terima sangat memuaskan cuma apa yang menjadi kebimbangan ialah pengundi luar namun dia yakin pengundi tempatan akan menyokong BN.

Program ceramah berkenaan turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Kemaman merangkap calon BN DUN Kijal, Dato' Seri Ahmad Said dan calon BN Dun Chukai, Dato' Mohamed Awang Tera.

Apabila ditanya mengenai strategi MCA untuk menambah hati pengundi luar, Jamy memberitahu, pihaknya akan berhubung terus dengan keluarga kesemua pengundi luar terbabit.

"Kita akan sampaikan penerangan jelas mengapa perlu mereka mengundi BN. Ini kerana kalau undi Pas pun tak datangkan hasil kerana sepanjang sepenggal Pas di Chukai, tiada apa-apa perubahan pun.

"Hanya BN yang mampu buat perubahan dan boleh beri apa yang rakyat mahu," katanya lagi.

Sehubungan itu, katanya, MCA akan terus bekerja keras dan memberi sokongan penuh kepada BN agar misi menawan kembali Dun Chukai berjaya direalisasikan. - teganukita.net

Related Posts:

  • Kembali Bersatu, Elak Permusuhan - Ahmad Samsuri Ahmad Samsuri bersama penduduk pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Masyarakat terutama umat Islam di negeri ini diminta kembali bersatu dan menjalinkan silaturahim sekiranya wu… Read More
  • Enam Pegawai Kerajaan Negeri Bertukar Wisma Darul Iman, pusat pentadbiran negeri. Enam pegawai tadbir negeri Terengganu ditukarkan ke jawatan baharu berkuatkuasa 16 Mei lalu.Pertukaran yang dinyatakan dalam surat yang ditandatangani Pemangku Setiausaha Kerajaa… Read More
  • Terengganu Akan Temui Kerajaan Pusat Bincang Isu Royalti Ahmad Samsuri ketika meninjau Bazar Ramadan Batu Enam, Kuala Nerus, petang semalam. Foto Harish Fadzillah Kerajaan negeri akan mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan … Read More
  • Kerajaan Negeri Pimpinan Pas Teruskan Dana Raya Kerajaan negeri mengumumkan untuk meneruskan Bantuan Dana Raya 2018 sebagai menambahkan keceriaan dan kemeriahan sambutan perayaan Aidilfitri di kalangan rakyat negeri ini terutama kepada golongan berpendapatan kecil. Me… Read More
  • Tabika Kemas Beroperasi Seperti Biasa Dr Samsuri mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai. Foto Harish Fadzillah Kassim Operasi Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di negeri ini akan berjalan seperti biasa dalam proses p… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
10:48 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74693
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan