Tuesday, 6 February 2018
-
February 06, 2018
-
ketuapkp
-
PELANCONGAN , UTAMA
Lorong laluan pejalan kaki di tengah-tengah Bandar Bawah Tasik kini berubah wajah selepas dinaik taraf menjadi pusat jualan usahawan wanita muda sekali gus ikon terbaharu pelancongan di Kuala Berang.
Laluan sepanjang kira-kira 100 meter yang dijenamakan sebagai Kuala Berang (KB) Street menjadi mini pusat perdagangan yang menempatkan sepuluh kiosk menerusi kerjasama dengan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan Majlis Daerah Hulu Terengganu(MDHT).
Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang berkata, sepuluh gerai di bawah pengurusan YPU dibuka kepada peniaga wanita muda umur 45 tahun ke bawah dan telah mengikuti pelbagai kursus keusahawanan.
Jelasnya, KB Street bakal menjadi tempat yang memasarkan pelbagai produk makanan, kraftangan, pakaian dan hasil kraf yang dihasilkan oleh penduduk tempatan bagi memacu ekonomi setempat.
"Kita harap mereka ini akan menjadi peniaga besar dan berjaya satu hari nanti dengan permulaan di KB Street
sebagai pusat perdagangan dan pertemuan peniaga.
"Sebagai permulaan kita beri peluang kepada usahawan-usahawan ini berniaga secara percuma tanpa membayar sewa kiosk selama setahun..selepas itu mereka hanya perlu bayar RM159 setiap bulan kepada YPU...setakat hari ini hanya perlu bayar lesen meniaga kepada MDHT sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pelancaran Kiosk KB Street & Pengagihan Buku Humanity (CD Tours) Taqrib Ukhuwah OKB 2 Thailand/Laos di Kuala Berang, semalam.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif YPU Terengganu, Rozali Salleh; Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu, Zuhaimi Omar dan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Faisal Tun Abdul Razak.
Tengku Putera berkata, sebagai usahawan muda yang terlibat dalam bidang keusahawanan ini, mereka harus mempunyai kreativiti yang unik bagi memasarkan produk mereka agar mempunyai tarikan tersendiri.
"Jangan tunggu pelanggan tapi carilah pelanggan supaya mereka datang membeli produk yang kita jual," katanya lagi.
Sementara itu,Tun Faisal turut mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM20,000 bagi menceriakan bangunan sekitar KB Street dengan lukisan mural 3D sekali gus menjadi tarikan utama pengunjung untuk datang dan merakam kenangan ketika membeli-belah. - teganukkite.net
Related Posts:
Pemuda Yakin Ahmad Razif Pemimpin Berjiwa Mulia Mampu Meraih Kejayaan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu amat yakin di bawah pimpinan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, BN akan meneruskan mandat rakyat dengan majoriti kerusi yang lebih baik … Read More
Nilai Pokok Untuk Manfaat Pelbagai Pihak- Ahmad Razif Kerajaan negeri bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM) bagi menilai kesemua pokok di sekitar jalan utama dan kawasan rekreasi supaya tindakan yang bakal diambil memberi manfaat kepada semua pihak.Menter… Read More
Penuntut Cemerlang Perubatan UniSZA Tidak Sempat Rawat Ayah Sendiri Fauzan (kanan) dan Farid meraikan kejayaan selepas masing-masing menerima Anugerah Pelajaran DiRaja sempena Konvokesyen UniSZA kesembilan, di UniSZA Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail … Read More
Sultan Terengganu Dijadual Berangkat Ke Kolokium Pemikiran Ahli Sunnah Wal Jamaah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dijangka berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Kolokium Ahli Sunnah Wal Jamaah peringkat negeri di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu p… Read More
Semua Guru Bertindak Sebagai Guru Disiplin Ahmad Razif mencanting batik sebagai simbolik merasmikan Simposium Psikologi Kaunseling Kebangsaan 2017 di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Kementerian Pendidikan mem… Read More