Monday, 12 March 2018

Wan Salmah bersama penari gamelan. Foto Zulkifli C W Putra

Penggemar seni muzik di awal 1970an, pasti mengenali penggiat seni Wan Salmah Wan Sulaiman, 74, yang setia mengangkat martabat lagu dan tarian tradisional Terengganu.

Tarian ulek mayang, rodat, anak burung baniong dan gamelan yang diperkenalkan penggiat seni ketika itu terus tersohor sehingga ke serata negara. Kebanyakan tarian yang berkisarkan kehidupan, budaya dan adat masyarakat Melayu itu mampu menaikkan imej dan keunikan Terengganu.

Wan Salmah berkata, dia masih bersedia mengajar mana-mana pihak atau individu yang ingin mengetahui secara mendalam mengenai tarian Terengganu.

Katanya, dia sudi berbuat demikian kerana sayang dan bimbang asal-usul pelbagai tarian, termasuk ulek mayang hilang keaslian tarian dan lagunya di mana satu ketika dahulu dicipta dan diperkenalkan Allahyarham Mazlan Embong.


“Tarian lain seperti , rodat, anak burung baniong dan gamelan wajar dikekalkan kerana mempunyai keunikan tersendiri berbanding tarian yang dimiliki dan diperkenalkan negeri lain.

“Sebagai contoh, tarian ulek mayang iaitu bentuk asalnya adalah sebuah tarian memuja semangat,"katanya

Menurutnya, penari ulek mayang  akan menggunakan mayang pinang dan mengoncangkannya semasa menari sehinggalah ia merasakan mayang pinang tersebut bergoncang dengan sendirinya sebelum dilepaskan kepada penari yang lain.


“Tarian ini kebiasaannya diamalkan untuk memuja semangat laut. Namun pada hari ini, kepercayaan atas semangat itu sudah hilang, sebaliknya tarian ini cuma tinggal sebagai bentuk hiburan sahaja,” katanya. - teganukita.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan