Wednesday, 12 April 2017
Seramai 500 keluarga berpendapatan rendah di Daerah Kuala Nerus yang belum memiliki kediaman sendiri, dijangka dapat menikmati kehidupan lebih baik dan selesa apabila Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nanas, Tepoh siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun akan datang.
Projek perumahan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu bakal dibangunkan sebaik sahaja majlis pecah tanah oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, pada 15 April ini.
Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail berkata, projek perumahan itu mempunyai enam blok bangunan bertingkat dan dilengkapi pelbagai kemudahan untuk penduduk sekitar.
"Projek ini dijangka siapa dalam tempoh dua tahun berkonsepkan rumah setinggi lima tingkat yang merangkumi 500 unit dan enam blok kesemuanya.
"Mereka yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah layak memohon rumah ini dengan mendaftar terlebih dahulu dengan kementerian perumahan. Tidak perlu menunggu sehingga rumah ini siap baru mendaftar," katanya.
Basir berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana menyediakan satu projek yang amat bermakna untuk manfaat dan kepeluan penduduk Kuala Nerus khususnya untuk rakyat berpendapatan rendah.
Seorang penduduk, Jusoh Sulong, 63, dari Kampung Gemuruh, berkata projek perumahan itu satu berita gembira yang amat ditunggu-tunggu oleh masyarakat sekitar, terutama kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk membina rumah sendiri.
"Alhamdulillah, sebab Kerajaan Pusat mengambil berat dan prihatin dengan kebajikan dan keperluan utama penduduk,"katanya. - teganukite.net
Related Posts:
MB Adakan Pertemuan Dengan Ketua Menteri Sarawak Berkait Isu Royalti Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Difahamkan, pertemuan yang memfokus isu royalti minyak itu turut dihadiri Me… Read More
Bazar Kahwin Tarik 10,000 Pengunjung Tuan Faizah melawat pameran Bazar Kahwin. Foto Abu Ubaidillah Bazar Kahwin Pantai Timur 2018, karnival perkahwinan Melayu terbesar seumpamaya di negeri ini menarik lebih 10,000 pengunjung.Program selama tiga hari itu berla… Read More
Sultan Mizan Berkenan Rasmi Taman Herba Pasir Raja Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menurunkan tandatangan pada plak perasmian sebagai gimik perasmian pembukaan Taman Herba Pasir Raja di Mukim Pasir Raja, Dungun, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim&… Read More
Pembinaan Kuala Terengganu Bypass 70 Peratus Siap Mohd Anuar meneliti kemajuan Projek Kuala Terengganu Bypass. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Pembinaan Projek Kuala Terengganu Bypass sepanjang 5.875 kilometer yang membabitkan kos RM321 juta kini hamp… Read More
Terengganu Teliti Penyaluran 20 Peratus Royalti Minyak Terengganu akan meneliti secara keseluruhan mengenai penyaluran royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.Menteri Besar… Read More