Wednesday, 8 February 2017
Seramai 20 pesakit kronik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil menerima bantuan daripada Tabung Darul Iman(TDI) sebanyak RM12,700 bagi mengurangkan beban perubatan mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib berkata, pihaknya sentiasa mengambil berat masalah mereka yang dikategorikan sebagai pesakit kronik melalui pelbagai bantuan yang disediakan kerajaan khususnya menerusi TDI.
"Kita akan pastikan pesakit-pesakit kronik ini mendapat apa yang diperlukan seperti rumah sendiri, bantuan perubatan susulan dan keperluan rawatan yang lain.
"Permasalahan mereka ini saya akan bawa kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melalui peruntukan untuk golongan asnaf agar kebajikan mereka semua tidak terabai," katanya kepada pemberita.
Ghazali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri mengunjungi dan menyampaikan sendiri cek bantuan kewangan itu kepada 20 pesakit kronik di DUN Ajil semalam.
Seorang penerima, Wahid Hasan, 68, dari Kampung Kua berkata, sumbangan tersebut membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung sejak terlantar akibat angin ahmar lebih dua tahun lalu.
"Bila Yang Berhormat datang sendiri ke rumah saya dan menyerahkan cek ini, saya rasa terharu sangat...beliau(YB)memang sangat prihatin kepada kami semua.
"Terima kasih sangat sebab datang,rasa lebih semangat dan ceria,bila wakil rakyat sudi datang tengok dan bagi bantuan pulak..rasa lebih sihat hari ini,"kata Wahid.
Beliau kini mengharapkan bantuan anaknya, Rosnani Wahid,46, untuk menguruskan keperluan hariannya kerana tidak lagi berupaya bergerak seperti biasa dan hanya terlantar di katil. - teganukite.net
Related Posts:
Banjir : Empat Sekolah Masih Ditutup Esok Empat sekolah masih ditutup sesi persekolahan esok, disebabkan banjir yang masih melanda di beberapa daerah khususnya Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.Sekolah yang ditutup adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Las k… Read More
SKMM Tahan Lelaki Sebar Kata Penghinaan Terhadap Pemimpin Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menahan seorang lelaki yang didakwa menyebarkan kata penghinaan kepada pemimpin negara melalui laman sosial Facebook.Tìmbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' J… Read More
Banjir : Teruja Dikunjungi Pemimpin Nombor Satu Kehadiran Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong, Kuala Nerus hari ini membawa keceriaan kepada 422 mangsa daripada 96 keluarga yang menumpang sementara… Read More
Banjir : PM Lawat Mangsa Banjir Di SK Banggol Peradong Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Peradong, Manir, hari ini. Dalam lawatan tersebut, Mohd Najib yang tiba kira-kira j… Read More
Banjir : Tubuh Jawatankuasa Pembersihan Tandas Di Pusat Pemindahan Banjir Jawatankuasa pembersihan tandas di semua pusat pemindahan banjir akan ditubuhkan bagi memberi keselesaan kepada mangsa banjir terutama mereka yang uzur dan warga emas. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Sh… Read More