Sunday, 8 January 2017
Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Peradong, Manir, hari ini.
Dalam lawatan tersebut, Mohd Najib yang tiba kira-kira jam 3 petang menyerahkan kit makanan tambahan kepada 112 keluarga membabitkan 461 mangsa banjir.
Najib yang dikerumuni orang ramai turut meluangkan masa selama kira-kira 30 minit beramah mesra dan bertanya khabar kepada mangsa-mangsa banjir di pusat itu.
Pusat pemindahan banjir yang dibuka sejak 5 Januari lalu itu menempatkan penduduk dari 13 kampung antaranya Kampung Banggol Peradong, Jeram, Bukit Seraman, Kampung Baru Tetambah dan Lapan Sira.
Terdahulu, Mohd Najib turut diberi Taklimat Pengurusan Banjir oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.
Selepas itu, Perdana Menteri menuju ke Pusat Pemindahan Banjir SK Bukit Guntong, Tepoh, Kuala Nerus untuk melawat mangsa banjir kira-kira jam 3.30 petang.
Turut mengiringi beliau dalam kedua-dua lawatan tersebut, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , Dato' Seri Shahidan Kasim, dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Seri Jailani Johari. - teganukkite.net
Related Posts:
Road To Maha 2018 Zon Timur Beri Penghormatan Kepada Wanita Road To MAHA (Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia) Zon Timur berjaya memberi penghormatan kepada golongan wanita melalui penganjuran Karnival Usahawanita 2018 yang dirasmikan oleh Menteri Perta… Read More
RM452 Juta Untuk Biayai 36,022 Usahawan IKS Zubir merasmikan Majlis Anugerah Usahawan Terengganu 2018. Tengku Syamim Tengku Ismail Sejumlah RM452 juta pembiayaan perniagaan diperuntukkan kepada 36,022 usahawan Industri Kecil dan Se… Read More
Terengganu Bubar DUN Hari Ini Menteri Besar menyerahkan watikah pembubaran DUN kepada yang Dipertua DUN, Dato' Mohd Zubir Embong sebelum diserahkan kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Terengganu, selepas sidang media khas, di Wisma Darul Ima… Read More
Urusan Seterusnya Serah Kepada SPR Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong menyerahkan watikah pembubaran DUN kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Terengganu, Nik Andy Suwardi Amry selepas sidang media khas pengiystiharan pemb… Read More
Azizulhasni, Fatehah Dominasi Anugerah AST Ahmad Razif meletakkan plak sebagai gimik merasmikan Majlis Anugerah Sukan Negeri Terengganu . Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Raja dan ratu berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa sekal… Read More