Empat sekolah masih ditutup sesi persekolahan esok, disebabkan banjir yang masih melanda di beberapa daerah khususnya Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.
Sekolah yang ditutup adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Las kerana masalah pendawaian elektrik yang tidak selamat, dua sekolah di Kuala Nerus masing-masing SK Kompleks Gong Badak dan SK Bukit Guntong pula menjadi pusat pemindahan sementara mangsa banjir.
Manakala SK Banggol Peradong, Kuala Terengganu juga menjadi pusat pemindahan sementara mangsa banjir.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, penutupan empat sekolah berkenaan melibatkan 509 murid dan 42 guru.
"Alhamdulillah, cuaca di Terengganu semakin baik. Ini adalah kerana doa semua dan berharap semua pihak khususnya ibu bapa serta pelajar sentiasa berada dalam situasi berjaga-jaga dan bersedia dengan sebarang kemungkinan," katanya kepada Teganukita, hari ini.
Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sukarelawan dan agensi serta jabatan yang membantu membersih sekolah terlibat dalam pasca banjir.
Dalam pada itu, A.Latiff juga mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan pengurusan sekolah membuat penilaian terhadap kerosakan prasarana akibat banjir di sekolah terlibat. - teganukite.net
Sunday, 8 January 2017
Related Posts:
MCP Sasar GRP Diguna Pakai Seluruh Malaysia Sebelum RMK11 Timbalan Ketua Pengarah MPC, Dato’ Abdul Latif Abu Seman berkata sesuatu pada sidang media Majlis Perasmian Seminar Amalan Baik Peraturan Negeri Terengganu di Wsiam Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra… Read More
Orang Ramai Teruja Saksi Perlumbaan LTdL Penutupan beberapa jalan utama secara berperingkat di sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu bagi memberi laluan kepada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 yang membuka tirai kejohanan bermula hari ini, tidak mengha… Read More
Diskaun Bayaran Cukai Pintu Untuk Premis Sempena VBT 2017 Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menawarkan diskaun bayaran cukai pintu bagi premis perniagaan dan pejabat yang mengecat dan meningkatkan pencahayaan sempena Tahun Melawat Terengganu 2017, bermula tahun ini sehing… Read More
TSG Teruskan Rentak Penguasaan Shahrul dinobatkan sebagai Pelumba Terbaik Malaysia untuk pusingan kedua LTdL 2017 yang berakhir di Gerik, Perak. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Shahrul Mat Amin meneruskan … Read More
Dua Pelumba TSG Cipta Kejayaan Di Laman Sendiri Amirull mencipta sejarah apabila muncul sebagai raja bukit pertama dari Malaysia sejak LTdL dianjurkan bermula 1996. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki… Read More