Sunday, 8 January 2017
Kehadiran Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong, Kuala Nerus hari ini membawa keceriaan kepada 422 mangsa daripada 96 keluarga yang menumpang sementara di situ.
Beliau yang diiringi Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan ketua- ketua jabatan tiba di sekolah tersebut kira-kira 3.30 petang.
Dalam lawatan singkat itu, beliau sempat beramah mesra dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan terbabit.
Seorang warga emas, A.Bakar Muda, 66, berkata, kehadiran pemimpin nombor satu negara melawat mangsa banjir sesuatu yang sangat menyentuh hati dan bermakna buat mereka.
"Pakcik rasa sangat gembira dapat bertentang mata dengan Dato' Seri Najib. Beliau sangat cakna kepada rakyat. Tadi pun PM sempat tanya khabar pakcik.
"Terharu sangat sebab PM sudi lawat kami mangsa banjir dan pakcik bersyukur kerana berpeluang berjumpa dengan beliau," ujarnya yang menghidapi penyakit saraf.
A. Bakar mengambil keputusan untuk berpindah bersama isteri dan tiga anaknya sejak empat hari lalu selepas rumahnya di Kampung Jeram Hilir, Tepoh ditenggelami air sehingga paras dada.
Sementara itu, seorang ibu anak tiga yang berusia antara enam bulan hingga lima tahun dari Kampung Banggol Nyior mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang peka akan kesusahan dan kepayahan yang dialami mangsa banjir.
"Terima kasih kepada beliau yang sanggup datang ke sini untuk bersama kami.
"Saya juga tidak akan lupakan pengalaman ini apabila beliau secara spontan mendukung anak saya Mohamad Azri Rashid, 6 bulan. Suka sangat bila PM ambil dan dukung anak kita," kata Zaifah Mamat, 31, yang berpindah ke pusat pemindahan itu bersama suaminya Rasyid Mohd, 36, dan anak- anak sejak sejak dua hari lalu. - teganukite.net
Related Posts:
JHEAT Lupus Empat Tan Abu Al-Quran Mohd Nor melepaskan kiub abu ke laut. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur melupuskan sebanyak 400 kiub abu al-Quran di perairan Pulau Kapas, Marang, hari ini. … Read More
153 Terima Anugerah UMT Pengerusi Lembaga Pengarah UMT Dato' Mohammed Azlan Hashim dan Dr. Nor Aeini bersama penerima anugerah. Seramai 153 warga Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dari pelbagai perkhidmatan terpilih menerima anugerah sempena… Read More
Patriotik Disemai, Pahlawan Dihargai Kemerdekaan dan keamanan negara yang kita kecapi pada hari ini merupakan hasil dari pengorbanan para perajurit dan anggota keselamatan yang menyekat segala ancaman dari dalam dan luar negara.Mereka mempertahankan ibu pertiw… Read More
APMM Tahan Bot Nelayan Vietnam Di Perairan Terengganu Muhammad Suffi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan dua bot nelayan Vietnam kerana menangkap ikan di perairan negara, semalam. Kedua-dua bot nelayan asing tersebut ditahan kapal penguatkuasa … Read More
TDM Umum Penstrukturan Semula Ahli Lembaga Pengarah TDM Berhad telah menjalani proses penstrukturan semula ahli lembaga pengarahnya yang telah menyebabkan lima peletakan jawatan secara sukarela dan lima pelantikan baru yang berkuatkuasa serta-merta. Dalam satu kenyataa… Read More