Sunday, 8 January 2017
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menahan seorang lelaki yang didakwa menyebarkan kata penghinaan kepada pemimpin negara melalui laman sosial Facebook.
Tìmbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Jailani Johari berkata, lelaki yang berasal dari Sabah dan menetap di Dungun itu, telah ditahan beberapa hari lalu.
"Siasatan terperinci sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kes ini disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir anjuran Media Prima Berhad (MPB) di Kompleks Qaseh di Kampung Batu 24, Hulu Terengganu, hari ini.
Jailani turut memberi amaran kepada pengguna media sosial supaya tidak menyebarkan cerita atau fitnah yang tidak bermanfaat.
"SKMM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan, Akta Fitnah serta Kanun Keseksaan berdasarkan kesalahan yang dilakukan," katanya lagi.
Sebelum itu,Jailani turut meluangkan masa menyertai gotong-royong membersihkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mahmudiah yang terjejas teruk akibat banjir.
Related Posts:
Kehadiran MB Meriahkan Tradisi Kelab WDI Masak Bubur Lambuk Program memasak bubur lambuk anjuran Kelab Wisma Darul Iman (WDI) bertambah meriah dengan kehadiran pemimpin nombor satu negeri yang turun padang menyertai aktiviti menyediakan 17 kawah hidangan itu, pagi ini.Menteri Besar,… Read More
Pekida Terengganu Sedia Kerjasama Dengan Pas Ahmad Samsuri menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim. Foto Harish Fadzillah Kassim Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Terengganu sedia bekerjasama dengan mana-mana kerajaan pemerintah … Read More
Sultanah Terengganu Sampaikan Sumbangan Kepada Golongan Asnaf Sultanan Nur Zahirah berkenan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenaan berangkat bagi mengurniakan sumbangan Aidilfitri Yayasan Tu… Read More
Terengganu Akan Baik Pulih Produk Pelancongan Kurang Berdaya Maju Kerajaan negeri akan membaik pulih segera produk pelancongan yang kurang berdaya maju bagi meningkatkan pulangan kepada ekonomi negeri.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, antara produk yang akan dibaikpulih te… Read More
Khairunisa Mahu Wujud Bengkel Jahitan Muslimat Di S- etiap DUN Persatuan Pertubuhan Isteri-Isteri Wakil Rakyat (Khairunisa’) berhasrat memperbanyakkan Bengkel Jahitan Muslimat ke seluruh Dewan Undangan Negeri DUN) bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan wanita di Tereng… Read More