Sunday, 15 January 2017


Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu membayar faedah berjumlah RM5.9 juta dengan membabitkan 1,177 kes sepanjang 2016 di seluruh Terengganu.
Pengarahnya, Nora Yaacob berkata, daripada jumlah itu, faedah hilang upaya kekal (HUK) mencatatkan pembayaran tertinggi dengan RM2.75 juta diikuti hilang upaya sementara (HUS) sebanyak RM1.2 juta manakala RM1.12 juta bagi pencen penakat.
Katanya, faedah lain seperti faedah orang tanggungan (FOT) pula membabitkan bayaran sebanyak RM129,487, faedah pengurusan mayat (FPM) (RM370,000), pencen ilat (RM217,104), bayaran ganti belanja RM121,241), elaun jemaah doktor (RM52,160) dan `return to work' (RM3,600).
"Menjadi kewajipan kepada semua majikan-majikan di Terengganu ini untuk mendaftar dan mencarum dengan pihak Perkeso kerana caruman ini amat penting buat pencarum biarpun sedikit nilainya.


"Sehingga ke hari ini kita memiliki seramai 23,562 majikan berdaftar di Terengganu dengan 14,963 daripadanya di bandar raya ini di samping Dungun (3,752 orang) dan Kemaman (5,027 orang)," katanya.
Beliau menyatakan demikian selepas penyampaian sumbangan pencen kepada isteri anggota sukarela Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Mohd. Syawal Mohd. Yusof, 35, yang meninggal dunia ketika menyertai misi mencari dan menyelamat pemancing hilang di kawasan Hutan Simpan Sungai Lut, Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu, 3 Disember tahun lalu.
Sumbangan itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang ketika melawat rumah mangsa di Kampung Mia, Tanjung Putat semalam.
Anisha Jusoh@Jaafar, 34, menerima pencen berjumlah RM650 sebulan sepanjang hayat di samping faedah pengurusan mayat sebanyak RM1,500 berikutan kematian suaminya.
Menurut Nora, sehingga kini terdapat seramai 106,689 pekerja aktif didaftarkan di Terengganu.

Related Posts:

  • Doa Rakyat Terengganu Buat Jepun Kerajaan Negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah buat Negara Jepun atas kejadian banjir dan tanah runtuh yang melibatkan kehilangan dan kematian ratusan nyawa.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan harapan… Read More
  • KPDNHEP Terima 26 Aduan Berkaitan GST Saharuddin sedang melayan tetamu. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNHEP) Terengganu menerima  26 aduan kesalahan peniaga yang masih mengenak… Read More
  • Kebakaran KBC Pengalaman Berharga Buat Pasukan Bomba Anggota bomba berjalan keluar selepas selesai melakukan tugasan pemadaman Kebakaran  tangki minyak milik Kemaman Bitumen Company (KBC), di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong  yang memusnahkan tiga tangki simpana… Read More
  • MB Rakam Takziah Kematian Bekas Ketua Pegawai Agama TDM Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Muhamad Zain Abd Rahman yang kembali ke rahmatullah pagi tadi di rumah beliau, di Sijangkang, Teluk Panglima Gara… Read More
  • Terengganu Tuan Rumah Kejohanan Tenpin Boling Maksak Terengganu bakal menjadi tuan rumah Kejohanan Tenpin Boling Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) Malaysia 2018 Ogos ini. Setiausaha Kehormat Maksak Terengganu, Mohd Rahimee Mohd Ramli b… Read More

Demi Masa

KHAMIS, 10 Julai 2018
2:01 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75976
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan