Thursday 12 July 2018

Saharuddin sedang melayan tetamu. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNHEP) Terengganu menerima  26 aduan kesalahan peniaga yang masih mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) enam peratus sejak 1 Jun lepas.

Pengarah KPDNHEP, Saharuddin Mohd Kia, berkata berdasarkan jumlah itu, Kuala Terengganu mencatatkan jumlah aduan paling tinggi iaitu 20 aduan diikuti Kemaman (20 aduan) dan Dungun dengan 1 aduan.  

Katanya, antara kesalahan yang dikenalpasti, termasuk harga barangan tidak berubah, penurunan harga tidak selaras, premis masih mengenakan GST, harga yang dibayar tidak sama pada tanda harga yang dipaparkan dan  harga barangan meningkat.

“Pihak kami  telah memeriksa sebanyak 1,281 premis perniagaan membabitkan pasar raya, kedai runcit, pasar mini dan  peruncitan lain sejak pemansuhan GST sehingga 5 Julai Lepas.

“Melalui  Operasi Catut, 4,0 itu, sebanyak 47,523 barangan runcit, makanan dan minuman, buku dan alat tulis, pakaian, produk kecantikan telah diperiksa,”katanya .

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Majlis Sambutan Hari Raya KPDNHEP, di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, hari ini.

Sharuddin mengingatkan agar semua peniaga mematuhi peraturan kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka diambil tindakan menerusi beberapa akta seperti Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Perlindungan

“Orang ramai yang mengesan sebarang kesalahan peniaga berhubung GST boleh hubungi bilik gerakan ini pada talian 09?6204679 (KPDNKK Negeri / Cawangan Kuala Terengganu), 09-6902203 (Cawangan Besut), 09-8502457 (Cawangan Kemaman) dan 09-8453586 (Cawangan Dungun),”katanya. - teganukita.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan