Thursday 12 July 2018


Kerajaan Negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah buat Negara Jepun atas kejadian banjir dan tanah runtuh yang melibatkan kehilangan dan kematian ratusan nyawa.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan harapan serta doa mewakili rakyat Terengganu supaya Allah SWT mempermudahkan urusan lebih dua juta penduduk yang dipindahkan ke wilayah lebih selamat dan mangsa yang berada di pusat perlindungan.

"Saya yakin Kerajaan Jepun di bawah pimpinan Presiden Shinzo Abe dan seluruh rakyat Jepun dapat menangani kesan bencana alam ini dengan baik,"kata beliau dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.


Akhbar melaporkan angka kematian akibat hujan lebat luar biasa yang melumpuhkan Jepun dengan banjir dan tanah runtuh meningkat kepada 156 hari ini (semalam), kata jurucakap kerajaan.


Operasi mencari dan menyelamat diteruskan selepas bencana berkaitan cuaca paling buruk dalam masa tiga dekad, dengan puluhan masih dipercayai hilang dalam kejadian yang berlaku sejak Khamis lalu. - teganukita.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan