Thursday 12 July 2018

Terengganu bakal menjadi tuan rumah Kejohanan Tenpin Boling Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) Malaysia 2018 Ogos ini.

Setiausaha Kehormat Maksak Terengganu, Mohd Rahimee Mohd Ramli berkata, buat julung kalinya Maksak Terengganu diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah kejohanan yang akan diadakan 8 hingga 12 Ogos di Coral Crown Bowling, Paya Bunga Square Kuala Terengganu.

Menurut beliau, 18 pasukan yang terdiri daripada ahli-ahli kelab Maksak seluruh Malaysia akan menyertai kejohanan termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, majlis penutup dan penyampaian hadiah kejohanan akan diadakan 12 Ogos bertempat di Paya Bunga Sentral yang bakal disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya merangkap Yang DiPertua Maksak Terengganu. - teganukita.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan