Wednesday, 23 November 2016


Kadar air tidak terhasil (NRW) Terengganu adalah 31 peratus, berbanding 36 peratus di peringkat nasional sekali gus mencatatkan negeri kelima tertinggi NRW seluruh negara.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir Rosli Othman, walaupun diakui terdapat masalah bekalan air di beberapa kawasan terutama di Daerah Marang dan Kuala Terengganu, namun Terengganu masih di tangga lima teratas yang mencatatkan kadar NRW terendah. 
Katanya, Kemaman pula mencatatkan rekod terbaik kadar NRW terendah iaitu 25 peratus, berbanding 36 peratus di peringkat nasional. 
“Daerah ini (Kemaman) berada di tangga kedua mencatatkan kadar NRW terendah di negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wakil Pas - Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut mengenai gangguan bekalan air di beberapa kawasan di daerah ini pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari kedua, hari ini.
Sementara itu Ir Rosli berkata, kekangan bajet menyebabkan kerajaan negeri terpaksa melaksanakan projek menukar paip air lama di daerah ini secara berperingkat, bagi mengatasi masalah bekalan dan tekanan air yang rendah.
“Misalnya, di Kuala Terengganu, sistem agihan (paip) yang ada sekarang ini digunakan sejak sebelum negara merdeka lagi dan menyebabkan banyak paip bocor. Oleh itu, kerajaan negeri dengan kemampuan yang ada, mengambil langkah mengatasi masalah paip bocor dan tekanan air rendah. 
“Masalah bekalan ini meningkat pada waktu tertentu termasuk musim perayaan dan cuti panjang. Jadi, dengan kemampuan yang kita ada, kita buat agihan daripada segi aliran air untuk memenuhi keperluan semua masyarakat dalam satu masa supaya bekalan itu sampai kepada penduduk,” katanya.
Bagi menjawab soalan lisan Tengku Hassan Tengku Omar (Pas-Ladang) mengenai Projek Bekalan Air Selatan di Loji Bukit Sah, Kemaman, beliau berkata, projek yang menelan belanja RM499 juta itu akan dapat menampung keperluan domestik dan industri di Kemaman, Paka dan Kertih sehingga 2030. - teganukite.net

Related Posts:

  • PRU14 : Idris Selesai Mengundi Di SK Seberang Jertih Idris bersalaman dengan seorang pengundi Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Jertih, Besut, hari ini. … Read More
  • PRU14: MB, Isteri Tunai Kewajipan Buang Undi Ahmad Razif ketika melakukan proses calitan menggunakan dakwat kekal sebelum membuang undi. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman hadir membuang undi sempena Pilihan Raya Um… Read More
  • PRU14: Ahmad Razif Puas Hati Proses Pengundian Lancar Ahmad Razif dan isteri menunjukkan jari telunjuk yang dicalit dakwat kekal sebagai tanda selesai mengundi. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berpuas hati dengan proses… Read More
  • PRU14: Proses Buang Undi Bukit Payung Harmoni Proses pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung sehingga tengahari tadi, berjalan dengan lancar dan harmoni. Sejak jam 8 pagi, pengundi berdaftar mula memenuhi pusat pengundian untuk menunaikan tanggung… Read More
  • PRU14: Ajal Di Pusat Mengundi Proses mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai gempar apabila seorang wanita yang sedang menunggu giliran untuk membuang undi tiba - tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia. Dalam kejadian pukul 9.05 mi… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
5:21 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74698
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan