P Kamalanathan dan A. Latiff bersama sebahagian daripada pelajar yang menerima bantuan Program Susu 1 Malaysia di SK Jerong, Marang, hari ini. Foto oleh Zulkifli C.W. Putra.
Kerajaan Persekutuan membelanjakan lebih RM3.2 juta bagi Program Susu 1 Malaysia melibatkan 49,843 pelajar di 353 sekolah rendah seluruh Terengganu.
Timbalan Menteri Pendidikan 1, Dato' P Kamalanathan a/l P. Panchanatan berkata program bermula Julai lalu hingga Disember depan itu akan diperluaskan ke sekolah menengah namun kajian secara terperinci sedang dilakukan bagi melihat beberapa aspek penting dalam program itu. Katanya, pihaknya ada menerima cadangan dan sedang memperlihatkan bagaimana penglibatan kos serta keperluannya. Sekiranya kos dapat dimasukkan sekali, kita akan beri pertimbangan sewajarnya. "Kita kena lihat dari segi penghantaran, stok dan banyak benda lain. Jadi kita dalam proses melihat semua benda, segala keperluan sebelum dapat dilaksanakannya. "Mungkin, kita akan menggunakan struktur yang sama. Namun ini terpulang kepada sumber kewangan pada masa itu," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Susu 1 Malaysia Peringkat Negeri Terengganu 2017 di Sekolah Rendah Jerong, Marang, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin. Kamalanathan berkata, di seluruh Malaysia, program tersebut melibatkan 757,439 murid daripada 7,780 buah sekolah rendah dengan kos yang dibelanjakan sebanyak RM49.3 juta. Tambahnya, dengan kejayaan program tersebut pada sebelum ini, ianya akan diteruskan pada masa akan datang. - teganukite.net |
Sunday, 29 October 2017
Related Posts:
Rakyat Terengganu Sambut Baik Wujud Tabung Rohingya Beberapa penduduk di negeri ini menyambut baik langkah kerajaan negeri melalui Skuad Sukarela TTB (SSTTB) menubuhkan Tabung Kemanusian Rohingya, baru-baru ini.Tabung yang akan dilancarkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahm… Read More
Terengganu Lancar Tabung Rohingya Demi Kemanusiaan, Saudara Islam - MB 'Ini soal kemanusiaan sejagat, bukan sahaja soal umat Islam. Asas kemanusian apatah lagi membabit umat Islam, menggerakkan hati saya untuk mencadangkan penubuhan Tabung Kemanusiaan Rohingy. Malah ia selaras dengan perjuang… Read More
26 Hotel Dan Resort Di Terengganu Diiktiraf Halal Sebanyak 26 premis makanan milik hotel dan resort di Terengganu adalah halal selepas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu menjalankan pemeriksaan dan pemantauan sepanjang tahun ini.Jumlah itu termasuk Reda… Read More
Tidak Pernah, Tidak Akan Sertai Pas Bekas Ketua Hakim Mahmakah Syariah, Dato' Ismail Yahya Bila pulak. Dini hari tadi saya terbaca beberapa WhatsApp yang saya gi ke Fastaqim. Walhal saya di KL sejak 26 September lagi. Ada program UU dan Syaria… Read More
TUDM Juara Kejohanan Payung Terjun ATM 2017 Pasukan payung terjun Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dinobatkan sebagai johan keseluruhan lima kali berturut-turut pada Kejohanan Payung Terjun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2017 Cabaran Terengganu Ketiga.Pertandin… Read More