Sunday, 29 October 2017
Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) dengan kekuatan 3, 200 orang ahli kini lebih bersiap sedia menghadapi banjir melalui kursus-kursus kemahiran pertolongan kecemasan yang diadakan dari semasa ke semasa di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, setiap minggu kursus-kursus kemahiran pertolongan kecemasan dibuat dengan kapasiti 100 orang dari setiap Dewan Undangan Negeri(DUN)yang bersedia digerakkan jika diperlukan pada bila-bila masa.
"Kursus pertama adalah di Besut yang merupakan satu kursus tahap yang lebih tinggi untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan sukarelawan untuk membantu mangsa banjir.
"Setiap minggu proses ini berjalan melibatkan 100 orang setiap DUN dengan bantuan sukarelawan lain termasuk daripada pihak bomba, Polis Diraja Malaysia(PDRM),Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan beberapa agensi lain ...dan mereka memberi kerjasama sepenuhnya kepada kita,"kata Rozi kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Ekspresi Telemongku di Dataran Padang Kachong, Kuala Telemong, Hulu Terengganu, semalam.
Rozi yang juga ADUN Telemong berkata Skuad Sukarelawan TTB bersiap sedia bukan sahaja kepada banjir tetapi juga meliputi semua bencana yang berlaku.
Mengulas mengenai persiapan menghadapi banjir di DUN Telemong, Rozi menjelaskan peringkatnya juga telah pun bersiap sedia seperti tahun sebelumnya.
"Kita ada skuad di peringkat DUN dan jawatankuasa bencana di peringkat cawangan yang akan saya panggil dalam masa terdekat untuk memberi peringatan kepada pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung(J3K) dan jawatankuasa bencana tentang perkara ini.
"Malah kita dah punyai skuad radio amatur yang diselaraskan oleh Pejabat Daerah Hulu Terengganu dan saya dah beri sebahagian peruntukkan untuk membeli kelengkapan radio amatur sejak tahun lepas sebagai salah satu langkah kesiapsiagaan dalam menghadapi banjir di DUN Telemong,"kata Rozi. - teganukite.net
Related Posts:
UCB Tawar Pengajian PhD Mulai Tahun Depan Graduan yang berminat menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) berpeluang meneruskannya di Kolej Universiti Bestari (UCB), bermula awal tahun depan. Naib Canselor, UCB Prof. Dr. Aziz Yusof berkata, program… Read More
10,000 Pengunjung Ke Gerai Pameran Sekretariat Beautiful Terengganu Ahmad Razif bersama rombongan melawat gerai pameran Sekretariat Beautiful Terengganu pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur., Foto oleh Harish Fadzillah Lebih 10,… Read More
UMNO Kuala Nerus Catat Keahlian Baru Tertinggi UMNO Kuala Nerus merupakan bahagian yang mencatat keahlian baru tertinggi iaitu dengan bilangan 2,876 ahli. Terdahulu, Presiden UMNO Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan dasar presiden memuji UMNO Tere… Read More
PAU 2016: Parti UMNO Perlu Ikon Muda Parti UMNO perlu meramaikan ‘ikon muda’ bagi mendekatkan generasi muda dengan parti itu. Ahli Parlimen Besut, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, ikon muda yang dimaksudkan adalah pemimpin muda yang berada di barisan hadapan… Read More
Penjawat Awam Perlu Terbuka Terima Maklum Balas Rakyat - SUK Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, pagi ini. Foto Oleh: Zulkifli Putra Penjawat awam dari semua agensi … Read More