Sunday, 29 October 2017

Sebahagian peserta  yang mengambil bahagian dalam program TSG Fellowship Ride 2017 di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, Harish Fadzillah Kassim 


Kira-kira 1,300 pelumba basikal dari dalam dan luar negara menyertai Festival Terengganu Cycling Team (TSG) sempena TSG Fellowship Ride 2017 yang julung kali diadakan di Terengganu.

Festival tiga hari bermula Khamis lalu di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu itu menyaksikan penyertaan peserta kayuhan secara santai dari Indonesia, Thailand dan Singapura dan pelumba tempatan.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.

Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohd Zulkifli Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Ahmad Farhan Abdul Wahab.

Rozi berkata, kerajaan negeri bersedia memberi kerjasama dan sokongan bagi menjayakan penganjuran program seumpama itu dalam usaha mempromosi negeri ini sempena Visit Beatiful Terengganu.

Katanya, berdasarkan sambutan positif, festival berkenaan akan dijadikan program tahunan dan cadangan tarikh pada awal tahun.


"Kita sudah berbincang dengan pihak-pihak berkenaan dan program ini akan dijadikan acara tahunan dengan penganjuran yang lebih besar lagi selain lebih ramai jumlah penyertaan dan nilai hadiah cabutan bertuah disediakan," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Farhan berkata, penyertaan 1,300 peserta kayuhan sejauh 120 kilometer yang menyelusuri jalan pantai dari Kuala Terengganu ke Setiu dan berpatah balik melalui jalan dalam dari Bandar Permaisuri ke Pantai Batu Buruk turut disertai peserta berusia 11 tahun.


“Antara pelumba yang turut memeriah kayuhan santai itu termasuk Anuar Manan, Mohd Harrif dan abangnya Mohd. Zamri Saleh, Mohd. Shahrul Mat Amin, Mohd. Adiq Husainie Othman serta Nur Amirul Fakhruddin Marzuki,” katanya. - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan