Wednesday 18 July 2018

Pengurus BIMB,Wan Rosita menyerahkan sumbangan zakat kepada Naib Canselor UniSZA, Dato' Dr Ahmad Zubaidi sambil disaksikan oleh Yang Dipertua MAIDAM, Dato' Osman Muda 

Lebih 1,000 penuntut UniSZA bagi kategori miskin berjaya dibantu menerusi peruntukan wang wakaf yang ditubuhkan universiti berkenaan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Naib Canselor UniSZA, Profesor Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abd Latiff berkata, pada tahun lalu UniSZA mengagihkan sejumlah RM1.059 juta melalui wakaf, zakat dan derma.

Menurutnya, pengagihan itu meliputi dermasiswa, bayaran yuran pengajian, kemudahan komputer riba, bayaran tuisyen percuma, elaun penginapan, biasiswa wakaf, peralatan kesihatan, bantuan modal perniagaan, insentif menghafal al-Quran dan pelbagai bantuan lain lagi.

“Setakat ini, penerima manfaat terdiri  daripada siswa dan siswi UniSZA terutamanya mereka yang kurang bernasib baik daripada segi status sosio ekonomi dan kesempurnaan fizikal serta pelajar bukan Islam juga meraih manfaat menerusi peruntukan wakaf.

“Jumlah terkumpul dana wakaf UniSZA bermula 1 Ogos 2016 hingga 30 Jun 2018 dalam bentuk tunai, baki komitmen tunai, aset tetap dan baki komitmen aset tetap adalah sejumlah RM8.4 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Penyerahan Sumbangan RM100,000 Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) kepada UniSZA.

Turut hadir, Pengurus Wilyah Timur BIMB, Wan Rosita Wan Mohamad dan Yang Dipertua MAIDAM, Dato' Osman Muda.

Dalam majlis tersebut, BIMB selaku peneraju kewangan Islam di Malaysia menyerahkan sumbangan tersebut kepada UniSZA bersempena mesyuarat Jawatankuasa Dana Wakaf UniSZA merupakan  antara pihak yang kekal komited membantu universiti berkenaan untuk memartabatkan agenda wakaf dan infaq . - teganukita.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan